Featured Posts Slider

Thursday 29 December 2016

Shake & Shape Me Challenge: My Journey, My Special Dedication.

Salam shakeME semua..
   
Audition day- 17 September 2016. Putrajaya International Convention Centre
                                   
Alhamdulillah..selesai juga cabaran 3 bulan Shake & Shape Me Challenge anjuran Sahajidah Hai-O. Yana berjaya buktikan kepada luar bahawa Shake Me juga berjaya membantu yana turunkan bukan hanya berat badan..tetapi juga inchloss dalam masa hanya 3 bulan.


Catwalk pada malam kemuncak Final Shake & Shape Me Challenge.
 BeYOUtiful Night - 23 December 2016

Terima kasih di atas sokongan padu anda pd yana sepanjang pertandingan Shake & Shape Me Challenge dan juga ikuti perkembangan yana sepanjang lebih dari 2 tahun lebih dalam usaha yana untuk menurunkan berat badan dan berubah ke arah cara hidup yang sihat.

One snap with Syami...best syami ni..sentiasa monitor progress kami dari mula audition sampai la lepas Bootcamp. Ilmu yang beliau share sangat tiptop!
Nak tau ape? kene roger yana ;-)


Matlamat yana adalah supaya rakan-rakan, kenalan, keluarga dan orang luar sana sedar akan kepentingan kesihatan diri yang sebenarnya datang melalui keseimbangan dalam semua aspek. Yana mahu perjalanan Yana memberi inspirasi kepada anda.

Group photo dengan The Diamond Circle family yang sama-sama datang dan support Yana pada malam BeYOUtiful night. Ade few yang dah balik time ni..

Ucapan jutaan Terima Kasih dari lubuk hati kepada keluarga, keluarga besar The Diamond Circle, my leader CDM Shaliza Aziz CDM Norain Mohd Nizar DSM Suhaili Isa , my buddy yg memberi dorongan all the time Hasnaliza Aini Abd Talib , my dearest friends Jumpa Dgym, Geng Diet TDC dan lain - lain atas sokongan sepanjang perjalanan yana.


Supporters wajib dari The Diamond Circle Team. Love Uolssss!!

Dearest my Shake&Shake Me Family, tahniah untuk kita semua. KITA semua adalah PEMENANG kerana setiap dari kita berjaya mengubah diri hanya dalam masa 3 bulan ini yang pastinya dengan bantuan SHAKE M3 dan produk berkesan Hai O yang lain. Sesungguhnya ukhwah yang terbina sangat terkesan dihati dan moga hubungan ini terus terjalin. 

Aktiviti riadah di Sunway Lagoon pada hari ke 2- Shake & Shape Me Challenge Bootcamp






Barisan 12 Finalist Shake & Shape Me Challenge.
Dari Kiri: Anwar, Miry, Haslizah, Joyce, Norhayaty, Yana, Fauziah, Idzul, Syahril, Noney, Anna & Ayu.



Tahniah Kak Ayu atas kemenangan. Juga tahniah Kak Og untuk tempat kedua & Miry tempat ketiga. Tq SHOM for the opportunity given.


Ayu Yasin, Pemenang Shake & Shape Me Challenge anjuran Sahajidah Hai-O

Perjuangan yana masih belum ke penghujung selagi belum mencapai target yang yana mahu iaitu supaya anda yang diluar sana yang sama-sama mempunyai matlamat yang sama & berjaya mencapai matlamat anda. Ini hanyalah satu titik permulaan utk sy melangkah lebih jauh ke hadapan. Mari kita sama2 menuju ke PUNCAK KEJAYAAN dan MEMBERI INSPIRASI KEPADA SEMUA kerana ianya TIDAK MUSTAHIL.

Yana bersama dress rekaan Rizman Ruzaini yang direka khusus untuk Yana untuk Malam Final Shake & Shape Me Challenge
                  


Be Inspired,
Yana Mokhtar
Finalist Shake & Shape Me
Premium Beautiful Expert


Wednesday 21 December 2016

Juara Raja Kuah Knorr 2016

Siapa suka makan? Eh..soalan ape ni..mesti la semua orang suka makan kan😁.


Sempena MAHA 2016 yang lalu Yana telah dijemput untuk menghadiri Pertandingan Akhir Cabaran Raja Kuah Knorr (RKK) yang bertempat di Foods Empire, MAEPS.



Pertandingan ini yang julung kali diadakan dan dianjurkan oleh Unilever Food Solutions bertujuan untuk mencari hidangan kuah Melayu terbaik di Malaysia dengan menggunakan Stok Ayam Knorr sebagai salah satu bahan dalam masakan. Wah..bukan senang nak tgk chef-chef hebat memasak live..terutamanya dalam pertandingan.


Ok..ada 4 orang peserta hebat bertanding di peringkat akhir ni. Masing-masing mewakili wilayah/kawasan Sentral, Selatan, Pantai Timur & Utara Malaysia. Mereka ni semua terpilih selepas menjuarai pertandingan peringkat kawasan masing-masing.



En.Raiei Mahidin dari zon Sentral dengan tema masakan "Hantaran & Hidangan Perkahwinan".


En. Salezahrin Mohd Saleh dari zon Selatan dengan tema "Santapan D'Raja Sri Menanti Istana Kayangan".



En. Mohd Hilmi Mohd Alias Ahmad dari zon Pantai Timur dengan tema "Warisan Kampung Knorr".



En. Budiman Bistari Mohamed dari zon Utara dengan tema "Hidangan Potluck Knorr 1Malaysia"


Haaa..menarik tak tema dan masakan yang dihidangkan para peserta ni? Pertandingan akhir ini diadili oleh 4 orang juri iaitu Chef Jo, Chef Professional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din dan blogger makanan En.Nor Ariffin Hamzah dan Puan Ruzita Idias Ismail.



Yana berkesempatan merasa sendiri hasil air tangan para peserta terutama hidangan Softshell crab..Ya Allah..Sedap! Xpernah lg rasa..unik.


Ok..cuba teka masakan yg mana berjaya mencuri hati para juri dan yana sendiri 😉 dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM15,000 berserta pakej umrah ekslusif untuk 2 orang?


Kebetulan pilihan juri & yana sama pulak 🤗, En.Budiman (zon utara) yang merupakan pengusaha trak makanan dari Selangor berjaya memenangi pertandingan ini sekaligus dinobatkan sebagai Raja Kuah Knorr 2016. Tips dan resipi generasi turun temurun dengan olahan semula dari beliau berjaya memikat hati juri dan sekaligus melayakkan beliau membawa pulang hadiah sebagai Raja Kuah Knorr yang berjumlah keseluruhan RM144,000.


Cabaran Raja Kuah Knorr ini juga dijayakan bersama dengan jenama peralatan dapur Butterfly serta santan dan kicap jenama Harmuni.


*Tips masakan: Pernah bancuh Lipton Ice Lemon Tea tak? Sedap kan kalau bancuh sejuk. Tahukah anda yang kerabu mangga juga boleh menggunakan serbuk Lipton Ice Lemon Tea sebagai pengganti limau/lemon? Haa..cubalah nanti. Kerabu anda akan lebih rangup & kurang berair.