Featured Posts Slider

Tuesday 28 February 2017

Pelancaran Air Kelapa Sparkling Blanc Coco, Minuman Susu Kelapa Thai Coco dan Makanan Ringan

Yana antara penggemar air kelapa..terutamanya kelapa pandan, sampai parents siap tanam kat tepi rumah. Tapi tahukah anda kini terdapat satu lagi produk terbaru dalam pasaran Malaysia yang berasaskan kelapa?

Blanc Coco, air kelapa sparkling 100% yang pertama di dunia, telah dilancarkan di Malaysia oleh sebuah syarikat pengedaran iaitu Euro-Atlantic Sdn Bhd untuk Thai Coconut Public Company Limited.

Majlis memotong reben merasmikan pelancaran Blanc Coco di Malaysia
Sebagai minuman air kelapa yang unik, menyegarkan dan bermanfaat, ia berasal dari jenis kelapa terbaik  - jenis Nam Hom yang didapati di Wilayah Ratchaburi, Thailand. Kelapa khas ini dipetik secara tradisional daripada pokok-pokok yang hidup dalam keadaan tanah berair masin, mampan dengan suasana lembapan di tengah negeri tersebut.

Blanc Coco, air kelapa sparkling 100% yang pertama di dunia
Kelapa Nam Hom dinobatkan sebagai "Raja Kelapa" dan terkenal sebagai yang terbaik di dunia kerana ia mengandungi aroma wangi untuk memberi satu identiti unik kepada Air Kelapa Sparkling 100% Blanc Coco yang tidak boleh didapati dalam spesis kelapa lain.

Untuk meningkatkan tekstur, air kelapa tulen berperisa wangi ini dijadikan minuman sparkling. Ia juga merupakan penawar dahaga yang sempurna dan paling lazat dinikmati begitu sahaja atau pun ketika waktu makan.

Ms Ebby Loo and Adrian Ung,, managing director and general manager respectively,
of Euro-Atlantic Sdn Bhd raise a toast to the success of Blanc Coco in Malaysia
From L-R: Ms Patcha Wutipan (Minister Counsellor  Office of Commercial Affairs, Royal Thai Embassy), Ms Ebby Loo (Managing Director of Euro-Atlantic Sdn Bhd), His Excellency Mr Damrong Kraikruan, Royal Thai Ambassador to Malaysia, Ms Chanya Thanasakdipat (Chief Executive Officer of Thai Coconut Public Company Ltd) and Mr Eric Goh (Executive Director of Euro-Atlantic Sdn Bhd)

Terdapat 4 perisa dari produk Air Kelapa Sparkling 100% Blan Coco – perisa asli, mangga dan nenas, limau dan juga buah delima.

Thai Coconut Public Company Limited juga menawarkan produk lain untuk jenama Thai Coco termasuk Minuman Susu Kelapa berperisa asli, durian, coklat, kopi, mangga dan tembikai.

Jenama Thai Coco ini disempurnakan lagi dengan snek Bar Kelapa Panggang dan Cip Kelapa berperisa krim masam & bawang, yogurt dan asal.

Air Kelapa Sparkling 100% Blan Coco, Minuman Susu Kelapa Thai Coco serta Snek Thai Coco diedarkan di Malaysia oleh Euro-Atlantic Sdn Bhd, pengimport dan pengedar khusus untuk hasil laut, buah-buahan dan sayur-sayuran khas yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

Air Kelapa Sparkling 100% Blanc Coco (275ml) dijual pada harga runcit RM7.50 sebotol manakala Minuman Susu Kelapa Thai Coco (280ml) pada harga RM4 sebotol. Produk-produk ini boleh didapati di semua pasaraya terkemuka di Malaysia dan boleh juga dibeli secara online di platform terpilih.

Yours Truly,
Yana Mokhtar

MBO Setapak Central REBORN

Hari ni yana nak kongsi berita baik untuk penggemar wayang dari area Setapak.

Pernah tonton wayang menerusi pawagam MBO Cinemas? 


MBO Cinemas yang kini pengendali pawagam dengan lokasi yang paling pelbagai di Malaysia dengan bangganya mengumumkan secara rasmi pawagam baru diubahsuai diSetapak Central, Kuala Lumpur baru baru ini.


Dengan slogan "Membawa Kecerian Berdekatan Anda" dan sebagai penghargaan kepada pelanggan setia, cawangan MBO Cinemas Setapak Central yang diubahsuai kini menawarkan susun atur lebih canggih, ruang lebih terbuka di lobi untuk tetamu menunggu dan perkhidmatan kaunter juga dipertingkatkan.

Cawangan MBO Cinemas Setapak Central yang diubahsuai kini menawarkan susun atur lebih canggih, ruang lebih terbuka di lobi untuk tetamu menunggu dan perkhidmatan kaunter juga dipertingkatkan.

Pengubahsuaian masa depan MBO akan meneruskan konsep ini untuk membawa pangalaman menonton wayang yang terbaik. Semua dewan akan disediakan dengan kerusi a la kulit hitam, sistem audio  terbaru, projektor laser Barco, serta system bunyi Auro 3D menyeluruh disediakan di Dewan 6.

Pawagam MBO Setapak Central menyediakan kemudahan senang guna untuk golongan orang kurang upaya dengan memberi laluan yang mudah ke dewan tayangan dan bilik air serba baru.

Cafecito merupakan konsep F&B tersendiri MBO Cinemas untuk keselesaan penuh para pengunjung menikmati kopi yang menyegarkan dan kek lazat sebelum tayangan bermula atau menonton treler wayang yang baru.

Cafecito merupakan konsep F&B tersendiri MBO Cinemas untuk keselesaan para pengunjung menikmati kopi yang menyegarkan dan kek lazat sebelum tayangan bermula atau menonton treler wayang yang baru.
Acara pembukaan rasmi MBO Setapak Central Reborn dimeriahkan lagi dengan pelbagai hiburan termasuk tarian jalan (street dance) bertaraf dunia dari Katoon Network, artis terkenal Ayda Jebat dan para hadiran juga berpeluang bersembang dengan DJ selebriti MYFM Jack Lim, Wai Fun dan Emily Poon.

 Artis terkenal Ayda Jebat menghiburkan para hadiran. 

 DJ selebriti MYFM (dari kiri):  Emely Poon, Jack Lim dan Wan Wai Fun menghiburkan para hadiran.

Selain daripada menikmati kemudahan terkini, pengunjung boleh menyertai program kesetiaan pelanggan MBO StarClub tanpa sebarang caj dan menerima mata ganjaran StarPoints untuk menebus tiket wayang percuma, minuman dan barangan premium.

Pawagam ini ialah satu-satu seumpamanya yang memberi program kesetiaan yang percuma. Ahli MBO StarClub boleh gunakan barisan  keutamaan ahli, memperolehi tiket tayangan percuma sempena bulan harijadi dan juga menonton wayang eksklusif.

MBO juga memberi kemudahan membeli tiket dengan internet “TANPA” bayaran tempahan. Pelangan juga dapat membeli tiket untuk wayang 2D dan 3D pada harga sama.

Dari kiri, Lim Chee Wai – Pengurus Setapak Central, Cheah Chun Wai – Pengarah Pemasaran dan Jualan MBO Cinemas, dan Tan Wai Chong – Pengarah Kewangan MBO Cinemas.

MBO Setapak Central ialah pawagam ketiga diubahsuai dengan konsep yang baru selepas MBO The Spring, Kuching dan KSL CITY, Johor Bahru. Pelanggan di lokasi lain akan menikmati pengubahsuaian secara beperingkat.

MBO Cinemas juga teruja dengan pembukaan pawagam baru berikut pada tahun 2017 dengan memperkenalkan MBO Starling, Damansara Uptown, Elements Melaka, AEON BIG Farlim Ipoh, Kuantan City Mall dan Atria Shopping Mall, Petaling Jaya.

Menarik kan rupa terkini MBO Setapak. Tahniah atas pembukaan semula MBO Setapak Central. Jom lah kita try layan movie kat sini pulak..layari http://www.mbocinemas.com/ untuk booking tiket anda dengan mudah & pantas.

Spread the news peeps.

Yours truly,
Yana Mokhtar.


Thursday 16 February 2017

#OpahViral : Cerita opah bersama 118 jenis buah & sayur 😂

*Repost from my Facebook status*




Malam semalam lepas balik dari gym abah cakap..


"Opah admitted masuk spital"

"Aik kenape? Aritu ok"

"Tadi ayahcik bawak g klinik..opah ngadu sakit perut..klinik suruh g hospital..tu kene check semua..admitted"

"Ooo..ok"


11.00 pg tadi..tengah mengemas. Abah masuk bilik.


"Jom..teman abah balik kampung. Tengok opah kat spital"

"Bile?"

"Sekarang."


Sebenarnya opah memang dah kurang sihat (demam lama & tak boleh tido) lebih dari 2 minggu lepas. Kebetulan abah & adik ada balik kampung time tu..so, abah dah bawak opah g klinik.


Last week pulak, masa yana turun ke Teluk Intan untuk business expanditure & wedding..singgah tido kat kampung..sambil ziarah opah. She's getting better. Dah tak demam..cuma still tido-tido ayam..owh..and tak boleh membuang.



Kat spital tadi..doktor check. Then doktor cakap..kat usus banyak najis. Kene makan banyak sayur dan buah-buahan.



"Hihi..opah mane suke makan sayur ngan buah..memilih. Maklumla..kadang ade tak tahan 😬" -sambil sengih kat doktor ngn maksu.

"Takpe..since tak boleh makan lagi..bagi minum jus"


Lepas doktor settle..between yana, opah & maksu


"Mak nak ayor ape? Milo ndak?"-maksu

"Tan ndak. Loye"-opah

"Ayor buah ndak? Oren ke?"-maksu

"Eeee..masam" sambil wat muke tahan masam 😖😆.-opah

"Abeh tu susu? Ayor buah lain ade juey ke sini?"- ayahcik.


Kite kat tepi sengih2 sambil sedut N'licious.."hihi..tadi doktor ckp kene bg buah2..sayur..susu xpyh kot..tengok norlin..senang je ha..118 buah & sayur dlm ni..sedut je 😆😆😆".


"Ate apebende kamu sedut tu..ce bak sini try bg opah"-maks


Kite seluk2..eh ade and extra 1. Hahah..sorry le..1 jer. Trus sua kt opah. Mungkin sbb di tengoknye sachet camtu..zup trus sedut..then kalut cari ayor 😆. Then trus baring duduk baring duduk.




Lebih kurang sejam camtu..opah bangkit..gaya nak turun katey..

.

"Opah nak g mane pah?"-norlin

"Aah..nak pegi mane?"- maksu

"Nak g jamban..Opah nk berak"-opah


And anak-anak opah yang lain pon kalut lah turunkan opah dari katey ke wheelchair.


Cucu yg ni..dok sengih-sengih kat tepi 😆. Hihi..jenuh bebeno nk pilih sayur buah kan..haaa..amik..118. 😆😆😆.


Tak lama lepas tu..settle urusan..opah pon balik kt katil. Lepas naik atas katil and selesa..


"Opah ok ke pah?"-me

"Okkkk..legeee.."-opah..sambil wat muke lega senyum.


Kihkihkih..haaa..susah naw kan.. cucu bagi 1 sachet..selesai..tetibe terjual 3 kotak trus N'licious..sabaq na..esok norlin pos teruih. Kalau xdan..nnti weekend blk kampung norlin bawak skali.


Sekian kisah opah saya. Norlin tu family name. Uolz can call me Yana Mokhtar 😉.


Sape nak order..meh le roger 019-3899315. Kot la same kes ngan opah..tak pon yang jenis payah bebeno makan sayur & buah tu.


Di benarkan copy & share dengan niat membantu. Sharing is caring. Benda baik elok kita share sama-sama..tak baik kedekut 😁.


Wednesday 15 February 2017

Cozuma CC Cream: 10 kelebihan dalam 1 tiub

Yana sebenarnya teruja dengan COZUMA CC Cream sebab selalunya kulit yana susah nak in dengan sebarangan product dan biasanye kene pakai trial dulu untuk pastikan dia ok. 

Tapi yang ni..sekali pakai trus ok. Bila check packaging, barulah perasan yang COZUMA CC Cream ni product korea. Product korea ni memang terkenal bagus & berkualiti. Ok, yana nak share 10 kebaikan COZUMA CC Cream dalam hanya 1 tiub.


1. Bedak solekan & pembetulan kulit asas. COZUMA CC Cream menghaluskan warna dan tekstur kulit yang tidak sekata. Mengekalkan solekan agar tahan lama. Tidak mengelups dan tiada kesan bercapuk.

2. Pelembapan & penghidratan yang berpanjangan. Mengandungi Ekstrak Aloe Vera, COZUMA CC Cream memberikan pelembapan dan penghidratan yang berpanjangan agar kulit menjadi lembap dan lembut.

3. Menyembunyikan cela. COZUMA CC Cream memudarkan ketidaksempurnaan kulit, kesan parut jerawat, lingkaran hitam dan pigmentasi

4. Kulit cerah & bersinar. Ekstrak Licorie dan Vitamin C berkesan mencegah pembentukan melanin dan juga pada waktu yang samam memerangi pigmentasi. Ia juga membantu memudarkan kulit gelap serta menjadikan kulit semakin cerah berseri.
  
5. Perlindungan UV yang optimum. Dengan SPF 30 PA+++, ia memberikan perlindungan menyeluruh daripada sinar UVA dan UBV.

6. Wajah berseri. Wajah berseri semulajadi dari dalaman tanpa rasa kurang selesa akibat pemakaian mekap yang tebal.

7. Kulit wajah lebih halus. COZUMA CC Cream berkesan merapatkan, menghaluskan liang-liang roma kulit yang besar dan memantapkan keanjalan kulit dengan Minyak Beras Germa dan Minyak Buah Zaitun.

8. Anti-radang & Anti-oksidan. Bahan-bahan semulajadi yang terdapat dalam COZUMA CC Cream seperti Ekstrak Bunga MArigold, Ekstrak Rosemary dan Ekstrak Manggis membantu melegakan juga menyembuhkan serta melindungi kulit sensitif.

9. Kawalan kulit berminyakCOZUMA CC Cream berkesan untuk mengurangkan 'Oily-Look' pada wajah. Ia bertindak seperti span yang menyerap sebum yang berlebihan dan dengan serta-merta menghapuskan rupa berkilat. COZUMA CC Cream juga membantu kulit supaya tidak berminyak dan berasa segar sepanjang masa.

10. Kedutan & garis halus. Khusus untuk mementingkan kejelitaan dan untuk wajah yang kelihatan muda, COZUMA CC Cream mengandungi Ekstrak Akar Rhatany yang membantu membaiki dan membina semula serat elastin kulit. Selain membantu mengurangkan kedutan dan garis halus, COZUMA CC Cream juga menganjalkan kulit muka kita.


Be Inspired,

Yana Mokhtar

Finalist Shake & Shape Me
Premium Beautiful Expert

Friday 10 February 2017

5 Tips Pemilihan CC Cream

Yana nak tanya ni..selalunya kalau korang beli CC cream, apa kriteria yang korang tengok sebelum membeli? Adakah SPF? Kandungan cc cream tu? Atau warna?

Hari ni, Yana nak kongsikan 5 Tips dalam pemilihan CC cream sebelum korang membeli..recommended untuk test sendiri pada kulit korang sebelum membeli tau. Tips-tips nya adalah:

1. Dual fungsi. Bedak solekan & pembetulan kulit asas.
CC cream yang bagus mempunyai fungsi untuk menghaluskan warna dan tekstur kulit yang tidak sekata. Selain mengekalkan solekan agar tahan lama, ia juga mampu mengelakkan kesan bercapuk dan tidak mengelupaskan kulit kita.

2. Pelembapan & penghidratan yang berpanjangan.

3. Menyembunyikan cela.
Sudah pasti lah kita nak beli CC cream yang mampu memudarkan ketidaksempurnaan kulit, kesan-kesan parut, eye bag dan pigmentasi. So, ni sangat penting.

4. Perlindungan UV yang optimum.

5. Menampakkan kulit cerah bersinar, lebih halus & nampak berseri.
Yang ni wajib la kan..takkan nak pilih CC Cream yang buat kulit kita nampak kusam. Jadi, make sure pilih secara berhati-hati.


Haaa..jadi..bila yana refer semula tips2 ni..akhirnya yana memilih COZUMA CC Cream. Harganya RM127 sahaja & yana dah pakai lebih 8 bulan..tapi tak habis-habis pon lagi..(eh..terlebih jimat smpai xsabar2 nk beli yg lain 😅).


Yana & COZUMA CC Cream pilihan yana
Selain sebab 5 tips yang yana share tadi, ada beberapa sebab kenapa yana pilih COZUMA CC Cream ni..antaranya:

Ada ekstrak Aloe vera untuk melembapkan & melembutkan kulit. Ada jugak ekstrak bunga marigold, ekstrak rosemary dan ekstrak manggis yang bersifat anti-radang & anti-oksidan. Sesuai untuk kulit yana yang sensitive & senang burned ni.

Ada kandungan minyak buah zaitun, minyak beras germa, ekstrak Licorie dan vitamin C yang bantu mencerah kan kulit & membuatkan kulit wajah lebih halus mcm baby..hihi. Bila pakai tu rasa muka macam glowing & berseri-seri gituu..

Di samping tu..yana suka COZUMA CC cream ni sebab ada ekstrak akar rhatany yang bantu kurangkan kedutan dan garis halus pada wajah (maklumla..da masuk 3series ni kena la semua extra care 😁)..juga ada bahan-bahan yang membantu mengawal kulit berminyak yana (terutama masa period).


Cozuma CC Cream ni ada 10 kelebihan hanya dalam 1 tiub
Anddd..yang paling BEST skali adalah..COZUMA CC cream ni didatangkan hanya 1 warna. Haa..senangkan..tak payah pening-pening nak pilih mana yang ok dengan warna kulit kita sebab yang ni macam ada fungsi transparent..dia akan ikut skin tone kita 😊.

Ok lah..yang mana-mana rasa masih mencari-cari tu..apa kata try yang ni..RM127 untuk 1 tiub dan tahan lama..sangat berbaloi-baloi 😉.

Till then..sharing is caring.


Be Inspired By,

Yana Mokhtar.

Premium Beautiful Expert.

Finalist Shake & Shape Me Challenge