Featured Posts Slider

Showing posts with label Achievement. Show all posts
Showing posts with label Achievement. Show all posts
Friday, 28 April 2017

Diamond Night 2017: The Great Gatsby


Salam sayang semua!! 💕


Diamond Night 2017

Alhamdulillah telah berlangsung Malam Penganugerahan Diamond Night 2017 pada sabtu yang lalu, 22 April 2017.

Kereta antik menghiasi ruang masuk ke Setia City Convention Centre..
juga menjadi props untuk posing tangkap gambar

Majlis yang berlangsung dengan meriah ini telah diadakan di Setia City Convention Centre bertujuan untuk memberi penghargaan kepada usahawan Sahajidah Hai-O Marketing Malaysia (SHOM) yang berjaya mencapai sasaran jualan berkumpulan sebanyak RM180,000 , RM720,000 dan Car Fund. 

Alhamdulillah setiap kali Diamond Night dianjurkan, pasti ada usahawan SHOM dari kumpulan The Diamond Circle sendiri yang naik pentas untuk menerima penganugerahan. Untuk Malam Penganugerahan Diamond Night 2017 kali ini, seramai 4 orang usahawanita dari kumpulan The Diamond Circle telah menerima pengiktirafan untuk kejayaan masing-masing.

Siti Azlina Osman, Penerima Car Fund



Fiza Mahazir, Double Diamond Manager
dengan jualan terkumpul RM720,000


Diana Hassan, Diamond Sales Manager
dengan jualan terkumpul RM180,000

Nurul Saadah Bahar, Diamond Sales Manager
dengan jualan terkumpul RM180,000

Tahniah untuk semua The Diamond Circle team yang berjaya capai another target & milestone dalam business MLM ni.


Yana & bakal DDM Suhaili pun turut sama hadir
meraikan kejayaan rakan The Diamond Circle

Selain meraikan kejayaan usahawan SHOM, Syarikat juga melancarkan koleksi esklusive hijab hasil kolaborasi dari pereka fesyen tersohor Rizman Ruzaini menerusi koleksi Infinence X RR.


Koleksi hijab esklusive Infinence X RR dijangka akan berada dalam pasaran Mei nanti exclusive melalui ejen sah SHOM sahaja.

Owh ya..kalau nak tahu..buat julung kalinya ada tema untuk
Malam Penganugerahan Diamond Night..sebelum ni belum pernah lagi ada tema tau. Tema untuk Diamond Night 2017 adalan " The Great Gatsby".

Ok jom layan gambar-gambar dan fesyen-fesyen '"The Great Gatsby" malam tu:

The Diamond Circle Team bersama Founder & Co-Founder TDC, CDM Shaliza Aziz & CDM Norain






Seronok jugak bertema ni walaupon pening kepala semua last minit..ni attire dan look yana pada malam tu..


Dress & Clutch kali ni semua DIY by Yana.
Make Up by Nor..first time make up dengan beliau.

Last but not least, moga pencapaian penerima anugerah Diamond Night 2017 memberi inspirasi dan pemangkin kepada usahawan-usahawan The Diamond Circle yang lain termasuk lah yana sendiri.

Till then..my sharing my stories.

Yana Mokhtar
Your Premium Beautiful Expert

Finalist Shake & Shape Me Challenge
Friday, 1 April 2016

Achievements: Sales Manager & Senior Sales Manager AchievementAwards2016

Pada 19 Mac 2016 yang lalu telah berlangsung Majlis Penganugerahan bagi Sales Manager (SM) dan Senior Sales Manager (SSM) Sahajidah Hai-O Marketing (SHOM).



Majlis bertujuan mengiktiraf dan meraikan pencapaian para usahawan Sahajidah Hai-O Marketing yang berjaya mengumpul hasil jualan terkumpul sebanyak RM20,000 bagi pangkat Senior Manager (SM) dan RM60,000 bagi pangkat Senior Sales Manager (SSM). Seramai 375 orang usahawan berpangkat Senior Sales Manager dan 1031 orang usahawan berpangkat Sales Manager diraikan dalam majlis penganugerahan ini. Buat kali pertama dalam sejarah majlis SMSSM, sesi berlansung hingga malam..xpernah lagi sampai kena ada sambungan sesi sebelah malam. Ini menandakan bahawa sudah ramai yang yakin dan mengambil peluang untuk berniaga bersama Sahajidah Hai O Marketing yang kukuh dan stabil sejak ditubuhkan 24 tahun yang lalu.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi; Yana antara penerima anugerah bagi Senior Sales Manager dengan jualan terkumpul melebihi RM60,000.

Kali ini Yana tidak berseorangan naik pentas kerana turut ditemani oleh rakan perniagaan Yana yang turut sama menerima bagi Sales Manager dengan hasil jualan terkumpul RM20,000.

Yana bersama leader DSM Suhaili Isa dan rakan kongsi, Syahirah.

Entry kali ini Yana tujukan khas untuk mereka yang banyak membantu dalam perjalanan Yana sebagai Usahawan Sahajidah Hai O Marketing (SHOM).

Jutaan terima kasih kepada Direct Leader Yana, DSM Suhaili Isa dan juga mentor Yana, CDM Norain Mohd Nizar yang banyak membantu dan tak pernah lepas tangan dalam membantu dan mendorong Yana hingga ke tahap ini dan InsyaAllah ke peringkat seterusnya.

Bermula dari "Satisfied Customer" ke "Side Income Job" dan InsyaAllah as Full-Time Profession, leader dan mentor Yana tak pernah lepas tangan dalam membimbing Yana. Tidak lupa juga CDM Shaliza Aziz yang juga merupakan founder The Diamond Circle group yang turut sama memberi motivasi dari masa ke semasa.

Thank you CDM Norain (left) & CDM Shaliza Aziz (middle).

Terima kasih juga kepada rakan perniagaan yang lain (Nur Izzah, Siti Shamiza dan Kak Haslindawati) yang menyokong dan membantu dalam perjalanan Yana sebagai Usahawan SHOM. InsyaAllah, kita sama-sama usaha untuk membantu bagi yang memerlukan dan berusaha untuk upgrade income dan kehidupan.

Sentiasa ada peluang dan ruang bagi mereka yang mahu berusaha untuk meningkat taraf kehidupan masing-masing. Yang tidak pasti bagaimana, boleh hubungi Yana 0193899315. Kita borak-borak macamana nk generate extra income monthly.

Mahu atau tidak, tepuk dada tanya hati.


Ikhlas dari hati,

Yana Mokhtar
Usahawan SHOM.
The Diamond Circle.