Featured Posts Slider

Thursday, 16 February 2017

#OpahViral : Cerita opah bersama 118 jenis buah & sayur 😂

*Repost from my Facebook status*




Malam semalam lepas balik dari gym abah cakap..


"Opah admitted masuk spital"

"Aik kenape? Aritu ok"

"Tadi ayahcik bawak g klinik..opah ngadu sakit perut..klinik suruh g hospital..tu kene check semua..admitted"

"Ooo..ok"


11.00 pg tadi..tengah mengemas. Abah masuk bilik.


"Jom..teman abah balik kampung. Tengok opah kat spital"

"Bile?"

"Sekarang."


Sebenarnya opah memang dah kurang sihat (demam lama & tak boleh tido) lebih dari 2 minggu lepas. Kebetulan abah & adik ada balik kampung time tu..so, abah dah bawak opah g klinik.


Last week pulak, masa yana turun ke Teluk Intan untuk business expanditure & wedding..singgah tido kat kampung..sambil ziarah opah. She's getting better. Dah tak demam..cuma still tido-tido ayam..owh..and tak boleh membuang.



Kat spital tadi..doktor check. Then doktor cakap..kat usus banyak najis. Kene makan banyak sayur dan buah-buahan.



"Hihi..opah mane suke makan sayur ngan buah..memilih. Maklumla..kadang ade tak tahan 😬" -sambil sengih kat doktor ngn maksu.

"Takpe..since tak boleh makan lagi..bagi minum jus"


Lepas doktor settle..between yana, opah & maksu


"Mak nak ayor ape? Milo ndak?"-maksu

"Tan ndak. Loye"-opah

"Ayor buah ndak? Oren ke?"-maksu

"Eeee..masam" sambil wat muke tahan masam 😖😆.-opah

"Abeh tu susu? Ayor buah lain ade juey ke sini?"- ayahcik.


Kite kat tepi sengih2 sambil sedut N'licious.."hihi..tadi doktor ckp kene bg buah2..sayur..susu xpyh kot..tengok norlin..senang je ha..118 buah & sayur dlm ni..sedut je 😆😆😆".


"Ate apebende kamu sedut tu..ce bak sini try bg opah"-maks


Kite seluk2..eh ade and extra 1. Hahah..sorry le..1 jer. Trus sua kt opah. Mungkin sbb di tengoknye sachet camtu..zup trus sedut..then kalut cari ayor 😆. Then trus baring duduk baring duduk.




Lebih kurang sejam camtu..opah bangkit..gaya nak turun katey..

.

"Opah nak g mane pah?"-norlin

"Aah..nak pegi mane?"- maksu

"Nak g jamban..Opah nk berak"-opah


And anak-anak opah yang lain pon kalut lah turunkan opah dari katey ke wheelchair.


Cucu yg ni..dok sengih-sengih kat tepi 😆. Hihi..jenuh bebeno nk pilih sayur buah kan..haaa..amik..118. 😆😆😆.


Tak lama lepas tu..settle urusan..opah pon balik kt katil. Lepas naik atas katil and selesa..


"Opah ok ke pah?"-me

"Okkkk..legeee.."-opah..sambil wat muke lega senyum.


Kihkihkih..haaa..susah naw kan.. cucu bagi 1 sachet..selesai..tetibe terjual 3 kotak trus N'licious..sabaq na..esok norlin pos teruih. Kalau xdan..nnti weekend blk kampung norlin bawak skali.


Sekian kisah opah saya. Norlin tu family name. Uolz can call me Yana Mokhtar 😉.


Sape nak order..meh le roger 019-3899315. Kot la same kes ngan opah..tak pon yang jenis payah bebeno makan sayur & buah tu.


Di benarkan copy & share dengan niat membantu. Sharing is caring. Benda baik elok kita share sama-sama..tak baik kedekut 😁.


Wednesday, 15 February 2017

Cozuma CC Cream: 10 kelebihan dalam 1 tiub

Yana sebenarnya teruja dengan COZUMA CC Cream sebab selalunya kulit yana susah nak in dengan sebarangan product dan biasanye kene pakai trial dulu untuk pastikan dia ok. 

Tapi yang ni..sekali pakai trus ok. Bila check packaging, barulah perasan yang COZUMA CC Cream ni product korea. Product korea ni memang terkenal bagus & berkualiti. Ok, yana nak share 10 kebaikan COZUMA CC Cream dalam hanya 1 tiub.


1. Bedak solekan & pembetulan kulit asas. COZUMA CC Cream menghaluskan warna dan tekstur kulit yang tidak sekata. Mengekalkan solekan agar tahan lama. Tidak mengelups dan tiada kesan bercapuk.

2. Pelembapan & penghidratan yang berpanjangan. Mengandungi Ekstrak Aloe Vera, COZUMA CC Cream memberikan pelembapan dan penghidratan yang berpanjangan agar kulit menjadi lembap dan lembut.

3. Menyembunyikan cela. COZUMA CC Cream memudarkan ketidaksempurnaan kulit, kesan parut jerawat, lingkaran hitam dan pigmentasi

4. Kulit cerah & bersinar. Ekstrak Licorie dan Vitamin C berkesan mencegah pembentukan melanin dan juga pada waktu yang samam memerangi pigmentasi. Ia juga membantu memudarkan kulit gelap serta menjadikan kulit semakin cerah berseri.
  
5. Perlindungan UV yang optimum. Dengan SPF 30 PA+++, ia memberikan perlindungan menyeluruh daripada sinar UVA dan UBV.

6. Wajah berseri. Wajah berseri semulajadi dari dalaman tanpa rasa kurang selesa akibat pemakaian mekap yang tebal.

7. Kulit wajah lebih halus. COZUMA CC Cream berkesan merapatkan, menghaluskan liang-liang roma kulit yang besar dan memantapkan keanjalan kulit dengan Minyak Beras Germa dan Minyak Buah Zaitun.

8. Anti-radang & Anti-oksidan. Bahan-bahan semulajadi yang terdapat dalam COZUMA CC Cream seperti Ekstrak Bunga MArigold, Ekstrak Rosemary dan Ekstrak Manggis membantu melegakan juga menyembuhkan serta melindungi kulit sensitif.

9. Kawalan kulit berminyak. COZUMA CC Cream berkesan untuk mengurangkan 'Oily-Look' pada wajah. Ia bertindak seperti span yang menyerap sebum yang berlebihan dan dengan serta-merta menghapuskan rupa berkilat. COZUMA CC Cream juga membantu kulit supaya tidak berminyak dan berasa segar sepanjang masa.

10. Kedutan & garis halus. Khusus untuk mementingkan kejelitaan dan untuk wajah yang kelihatan muda, COZUMA CC Cream mengandungi Ekstrak Akar Rhatany yang membantu membaiki dan membina semula serat elastin kulit. Selain membantu mengurangkan kedutan dan garis halus, COZUMA CC Cream juga menganjalkan kulit muka kita.


Be Inspired,

Yana Mokhtar

Finalist Shake & Shape Me
Premium Beautiful Expert

Friday, 10 February 2017

5 Tips Pemilihan CC Cream

Yana nak tanya ni..selalunya kalau korang beli CC cream, apa kriteria yang korang tengok sebelum membeli? Adakah SPF? Kandungan cc cream tu? Atau warna?

Hari ni, Yana nak kongsikan 5 Tips dalam pemilihan CC cream sebelum korang membeli..recommended untuk test sendiri pada kulit korang sebelum membeli tau. Tips-tips nya adalah:

1. Dual fungsi. Bedak solekan & pembetulan kulit asas.
CC cream yang bagus mempunyai fungsi untuk menghaluskan warna dan tekstur kulit yang tidak sekata. Selain mengekalkan solekan agar tahan lama, ia juga mampu mengelakkan kesan bercapuk dan tidak mengelupaskan kulit kita.

2. Pelembapan & penghidratan yang berpanjangan.

3. Menyembunyikan cela.
Sudah pasti lah kita nak beli CC cream yang mampu memudarkan ketidaksempurnaan kulit, kesan-kesan parut, eye bag dan pigmentasi. So, ni sangat penting.

4. Perlindungan UV yang optimum.

5. Menampakkan kulit cerah bersinar, lebih halus & nampak berseri.
Yang ni wajib la kan..takkan nak pilih CC Cream yang buat kulit kita nampak kusam. Jadi, make sure pilih secara berhati-hati.


Haaa..jadi..bila yana refer semula tips2 ni..akhirnya yana memilih COZUMA CC Cream. Harganya RM127 sahaja & yana dah pakai lebih 8 bulan..tapi tak habis-habis pon lagi..(eh..terlebih jimat smpai xsabar2 nk beli yg lain 😅).


Yana & COZUMA CC Cream pilihan yana
Selain sebab 5 tips yang yana share tadi, ada beberapa sebab kenapa yana pilih COZUMA CC Cream ni..antaranya:

Ada ekstrak Aloe vera untuk melembapkan & melembutkan kulit. Ada jugak ekstrak bunga marigold, ekstrak rosemary dan ekstrak manggis yang bersifat anti-radang & anti-oksidan. Sesuai untuk kulit yana yang sensitive & senang burned ni.

Ada kandungan minyak buah zaitun, minyak beras germa, ekstrak Licorie dan vitamin C yang bantu mencerah kan kulit & membuatkan kulit wajah lebih halus mcm baby..hihi. Bila pakai tu rasa muka macam glowing & berseri-seri gituu..

Di samping tu..yana suka COZUMA CC cream ni sebab ada ekstrak akar rhatany yang bantu kurangkan kedutan dan garis halus pada wajah (maklumla..da masuk 3series ni kena la semua extra care 😁)..juga ada bahan-bahan yang membantu mengawal kulit berminyak yana (terutama masa period).


Cozuma CC Cream ni ada 10 kelebihan hanya dalam 1 tiub
Anddd..yang paling BEST skali adalah..COZUMA CC cream ni didatangkan hanya 1 warna. Haa..senangkan..tak payah pening-pening nak pilih mana yang ok dengan warna kulit kita sebab yang ni macam ada fungsi transparent..dia akan ikut skin tone kita 😊.

Ok lah..yang mana-mana rasa masih mencari-cari tu..apa kata try yang ni..RM127 untuk 1 tiub dan tahan lama..sangat berbaloi-baloi 😉.

Till then..sharing is caring.


Be Inspired By,

Yana Mokhtar.

Premium Beautiful Expert.

Finalist Shake & Shape Me Challenge
Tuesday, 17 January 2017

TDC BootCamp (Geng Diet TDC)

Selamat petang!

Hari ni mood nak share keseronokan Geng Diet The Diamond Circle (Geng Diet TDC) berBootcamp pada 8 Januari 2017 yang lalu yan bertempat di Tama Rimba Bukit Kiara, Taman Tun Dr.Ismail.

Haaa..kalau sesetengah orang dengar je istilah bootcamp ni..mesti da goosebumps dah kan..kecut perut pon ye..sebab ingat mesti segala aktiviti dia extreme betul tak?

TET!! Salah tu.  Bootcamp yang di anjurkan oleh team The Diamond Circle ni lebih kepada aktiviti bersenam beramai-ramai tetapi dengan tunjuk ajar dari fitness coach yang mempunyai pengalaman dan ilmu dalam bidang ni.


Coach kami, Coach Farazul Ramli bukan lah asing untuk Yana. Yana dah pernah mengikuti bootcamp yang sama sekitar 2 tahun lepas..masa mula-mula berjinak ke arah cara hidup yang lebih sihat dan serius dalam menurunkan berat badan kepada berat yang lebih ideal.


Bagi sesi pertama tahun ini..kita kira macam introduction phase. Tak terlalu heavy..dan tak terlalu ringan. Aktiviti senaman adalah lebih kepada aktiviti berkumpulan, kickboxing style & sharing session mengenai cara pemakanan yang sihat. Ok..jom enjoy tengok aktiviti kami yang sempat di rakam oleh Coach kami.








Best ke best??? Haaa..meriah kan?? InsyaAllah akan ada sesi-sesi yang lain juga di masa akan datang. Boley follow instagram @yana_mokhtar for more updates ataupon ig coach sendiri @farazulramli untuk sesi training yang ada.


P/s: nak share gambar yana 2 tahun lepas & sekarang. 😍😍😍. 



Alhamdulillah banyak beza. Selain senaman, yana memang konsisten pakai Premium Beautiful & amalkan set kurus bajet & Shake Me untuk kawal pemakanan. Kalau nak details lebih banyak..boleh pm/message yana 019-3899315 .

Till then.

Be Inspired By,

Yana Mokhtar.

Premium Beautiful Expert.
Finalist Shake & Shape Me Challenge
Wednesday, 11 January 2017

5 Tips Untuk Kecilkan Peha

Hi semuaa 👋🏼👋🏼👋🏼.

Sihat tak? Harap semua sihat-sihat belaka. Yang tak sihat tu, yana doakan moga cepat sembuh deh 😉.

Kebelakangan ni..ramai perasan peha yana dah start mengecik..paling obvious sepanjang Yana terpilih dan tersenarai sebagai Finalist Shake & Shape Me Challenge.

Sejak pakai Premium Beautiful pada February 2014, walaupun berjaya mengecil badan yang gebu gebas itu tapi tang bahagian peha tu..kadar pengecilan dia lambat skit berbanding bahagian lain 😅.


Yana aim nak kaki haluss..ni kaki yana before pakai Premium Beautiful.. huishhh..tengok sendiri lah drumstick tu 🙈).
 
Ukur lilit peha masa hari audition Shake & Shape Me Challenge 63cm dan masa final day..menurun ke 53cm.


Broga Hill beberapa 5 hari sebelum final Shake & Shape Me Challenge 😊
.

Jadi..entry hari ni yana nak share tips kecilkan peha. 5 tips yang Yana amalkan:

📍Fokus senaman pada bahagian kaki. Antara senaman yang sesuai adalah treadmill, jogging & cycling.

📍Kekerapan senaman di atas. Biasa yana buat 3 kali seminggu. Minimum dalam 30 minit - 1 jam. Yana akan mix antara treadmill & cycling (contoh 20 minit treadmill & 15 minit cycling).

📍Sekali/ dua kali seminggu, yana buat toning. Yoga, plank & scissors leg exercise. Plank & inner leg exercise antara kegemaran yana sebab senang dan boleh buat kat rumah..terutama bangun pagi dan sebelum tido atau bila yana busy dengan business & tak sempat slot in ke gym.

📍Sapu krim panas & krim2 seumpamanya. Yana amalkan sapu Bio Ever Plus di bahagian peha. Ni memang yana rajin buat hari-hari sebab dalam banyak-banyak krim yana pernah try..Bioever Plus ni paling cepatkan pengecilan peha, juga membantu lembutkan dan hilangkan selulit & strechmark. (Info berkenaan Bioever Plus disini).

📍Pakai korset/body suit. In this case..yana memang pakai Long Girdle Premium Beautiful selepas sapu krim Bio Ever Plus. Cara urutan yang betul sedikit sebanyak membantu untuk kesan yang optimum. Tujuan yana pakai adalah untuk pastikan peha tu tak mengembang balik sesuka hati dan pada masa yang sama untuk kemaskan bentuk peha (maklumla..lemak kita ni suka main kejar2..kalau tak lock, seronok lah dia berlari & bertapa kat tempat yang kite tak mau tu 😅).

Ok tak ni? kalau ada yang tak clear boleh contact Yana. Selamat mencuba. Owh ya..jangan la assume buat seminggu kaki tu trus slim ye..kaki kite nak kembang pon takes time. Enjoy the process..InsyaAllah nampak hasilnya.
 

Be Inspired,

Yana Mokhtar

Finalist Shake & Shape Me
Premium Beautiful Expert
 



Thursday, 29 December 2016

Shake & Shape Me Challenge: My Journey, My Special Dedication.

Salam shakeME semua..
   
Audition day- 17 September 2016. Putrajaya International Convention Centre
                                   
Alhamdulillah..selesai juga cabaran 3 bulan Shake & Shape Me Challenge anjuran Sahajidah Hai-O. Yana berjaya buktikan kepada luar bahawa Shake Me juga berjaya membantu yana turunkan bukan hanya berat badan..tetapi juga inchloss dalam masa hanya 3 bulan.


Catwalk pada malam kemuncak Final Shake & Shape Me Challenge.
 BeYOUtiful Night - 23 December 2016

Terima kasih di atas sokongan padu anda pd yana sepanjang pertandingan Shake & Shape Me Challenge dan juga ikuti perkembangan yana sepanjang lebih dari 2 tahun lebih dalam usaha yana untuk menurunkan berat badan dan berubah ke arah cara hidup yang sihat.

One snap with Syami...best syami ni..sentiasa monitor progress kami dari mula audition sampai la lepas Bootcamp. Ilmu yang beliau share sangat tiptop!
Nak tau ape? kene roger yana ;-)


Matlamat yana adalah supaya rakan-rakan, kenalan, keluarga dan orang luar sana sedar akan kepentingan kesihatan diri yang sebenarnya datang melalui keseimbangan dalam semua aspek. Yana mahu perjalanan Yana memberi inspirasi kepada anda.

Group photo dengan The Diamond Circle family yang sama-sama datang dan support Yana pada malam BeYOUtiful night. Ade few yang dah balik time ni..

Ucapan jutaan Terima Kasih dari lubuk hati kepada keluarga, keluarga besar The Diamond Circle, my leader CDM Shaliza Aziz CDM Norain Mohd Nizar DSM Suhaili Isa , my buddy yg memberi dorongan all the time Hasnaliza Aini Abd Talib , my dearest friends Jumpa Dgym, Geng Diet TDC dan lain - lain atas sokongan sepanjang perjalanan yana.


Supporters wajib dari The Diamond Circle Team. Love Uolssss!!

Dearest my Shake&Shake Me Family, tahniah untuk kita semua. KITA semua adalah PEMENANG kerana setiap dari kita berjaya mengubah diri hanya dalam masa 3 bulan ini yang pastinya dengan bantuan SHAKE M3 dan produk berkesan Hai O yang lain. Sesungguhnya ukhwah yang terbina sangat terkesan dihati dan moga hubungan ini terus terjalin. 

Aktiviti riadah di Sunway Lagoon pada hari ke 2- Shake & Shape Me Challenge Bootcamp






Barisan 12 Finalist Shake & Shape Me Challenge.
Dari Kiri: Anwar, Miry, Haslizah, Joyce, Norhayaty, Yana, Fauziah, Idzul, Syahril, Noney, Anna & Ayu.



Tahniah Kak Ayu atas kemenangan. Juga tahniah Kak Og untuk tempat kedua & Miry tempat ketiga. Tq SHOM for the opportunity given.


Ayu Yasin, Pemenang Shake & Shape Me Challenge anjuran Sahajidah Hai-O

Perjuangan yana masih belum ke penghujung selagi belum mencapai target yang yana mahu iaitu supaya anda yang diluar sana yang sama-sama mempunyai matlamat yang sama & berjaya mencapai matlamat anda. Ini hanyalah satu titik permulaan utk sy melangkah lebih jauh ke hadapan. Mari kita sama2 menuju ke PUNCAK KEJAYAAN dan MEMBERI INSPIRASI KEPADA SEMUA kerana ianya TIDAK MUSTAHIL.

Yana bersama dress rekaan Rizman Ruzaini yang direka khusus untuk Yana untuk Malam Final Shake & Shape Me Challenge
                  


Be Inspired,
Yana Mokhtar
Finalist Shake & Shape Me
Premium Beautiful Expert


Wednesday, 21 December 2016

Juara Raja Kuah Knorr 2016

Siapa suka makan? Eh..soalan ape ni..mesti la semua orang suka makan kan😁.


Sempena MAHA 2016 yang lalu Yana telah dijemput untuk menghadiri Pertandingan Akhir Cabaran Raja Kuah Knorr (RKK) yang bertempat di Foods Empire, MAEPS.



Pertandingan ini yang julung kali diadakan dan dianjurkan oleh Unilever Food Solutions bertujuan untuk mencari hidangan kuah Melayu terbaik di Malaysia dengan menggunakan Stok Ayam Knorr sebagai salah satu bahan dalam masakan. Wah..bukan senang nak tgk chef-chef hebat memasak live..terutamanya dalam pertandingan.


Ok..ada 4 orang peserta hebat bertanding di peringkat akhir ni. Masing-masing mewakili wilayah/kawasan Sentral, Selatan, Pantai Timur & Utara Malaysia. Mereka ni semua terpilih selepas menjuarai pertandingan peringkat kawasan masing-masing.



En.Raiei Mahidin dari zon Sentral dengan tema masakan "Hantaran & Hidangan Perkahwinan".


En. Salezahrin Mohd Saleh dari zon Selatan dengan tema "Santapan D'Raja Sri Menanti Istana Kayangan".



En. Mohd Hilmi Mohd Alias Ahmad dari zon Pantai Timur dengan tema "Warisan Kampung Knorr".



En. Budiman Bistari Mohamed dari zon Utara dengan tema "Hidangan Potluck Knorr 1Malaysia"


Haaa..menarik tak tema dan masakan yang dihidangkan para peserta ni? Pertandingan akhir ini diadili oleh 4 orang juri iaitu Chef Jo, Chef Professional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din dan blogger makanan En.Nor Ariffin Hamzah dan Puan Ruzita Idias Ismail.



Yana berkesempatan merasa sendiri hasil air tangan para peserta terutama hidangan Softshell crab..Ya Allah..Sedap! Xpernah lg rasa..unik.


Ok..cuba teka masakan yg mana berjaya mencuri hati para juri dan yana sendiri 😉 dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM15,000 berserta pakej umrah ekslusif untuk 2 orang?


Kebetulan pilihan juri & yana sama pulak 🤗, En.Budiman (zon utara) yang merupakan pengusaha trak makanan dari Selangor berjaya memenangi pertandingan ini sekaligus dinobatkan sebagai Raja Kuah Knorr 2016. Tips dan resipi generasi turun temurun dengan olahan semula dari beliau berjaya memikat hati juri dan sekaligus melayakkan beliau membawa pulang hadiah sebagai Raja Kuah Knorr yang berjumlah keseluruhan RM144,000.


Cabaran Raja Kuah Knorr ini juga dijayakan bersama dengan jenama peralatan dapur Butterfly serta santan dan kicap jenama Harmuni.


*Tips masakan: Pernah bancuh Lipton Ice Lemon Tea tak? Sedap kan kalau bancuh sejuk. Tahukah anda yang kerabu mangga juga boleh menggunakan serbuk Lipton Ice Lemon Tea sebagai pengganti limau/lemon? Haa..cubalah nanti. Kerabu anda akan lebih rangup & kurang berair.