Monday, 28 December 2015

Saya Nak Kurus!! : Apa yang kita perlu tahu untuk kurus? (Step 1)

Salam.

Hai semua.

Petang ni yana nak share skit pasal tips-tips dan apa yang kita perlu tahu sebelum mulakan misi "Saya Nak Kurus".

Before yana share..cuba korang tengok sekeliling korang dulu dan kira berapa ramai orang berlebihan berat badan (overweight) yang korang boleh jumpa? Ada dapat dalam 5 org x? :-D

Untuk pengetahuan, 9/10 dari rakyat Malaysia termasuk dalam kategori berlebihan berat badan..cuba try g shopping mall and kira sendiri..betul x?

Ok. Back to our topic. Untuk yang xpernah kenal atau jumpa yana..berat yana sebelum ni adalah dalam 78 kilogram (tinggi dalam 155-157cm, terpaksa letak tinggi camtu sbb makin rendah due to scoliosis). Alhamdulillah, sekarang berat sedang maintain 64 kilogram dan yana sedang usaha untuk turunkan lagi 4kg.

Step pertama yang yana buat sebelum turunkan berat badan adalah kenal tubuh badan yana. Yana analisis perkara2 ni:

1. Body Mass Index (BMI)

Kenapa kena check BMI?

Untuk kenal pasti berapa banyak berat berlebihan untuk badan kita, supaya kite sedar kita ni kategori lebih berat badan ke obes. Kalau kategori obes ni..memang mengundang penyakit la kan.

Boleh check BMI kat sini http://www.calculator.com.my/bmi-calculator .

2. Basal Metabolic Rate (BMR)

Why?

Supaya kite senang hati bila tengok kalori yg automatik terbakar tanpa kita perlu buat apa2 exercize...hihih :-D

Nak check BMR boleh check kt sini pula http://www.bmi-calculator.net/bmr-calculator/#result

3. Corak pemakanan seharian.

Ni main key. Kene list down apa yang kita makan hari2..biasa dok ulang yang tu je kan..so boleh buat pukul rata je la. Take note:

A) sarapan pagi makan apa
B) tengah hari
C) makan malam
D) dessert / snacking
E) air brape liter/ cawan sehari

4. Brapa kilo nak dihapuskan & tempoh masa.

Ok. Ni 4 perkara utama yang korang kena take note sebelum nk turunkan berat ke diet ke inch loss etc. Boleh list down dulu siap2. Next blog yana akan share camna nk turunkan berat ikut kategori dan juga jenis gaya hidup & diet yg boleh di amalkan.

Till then.

Yana Mokhtar.