Featured Posts Slider

Friday 28 April 2017

Diamond Night 2017: The Great Gatsby


Salam sayang semua!! 💕


Diamond Night 2017

Alhamdulillah telah berlangsung Malam Penganugerahan Diamond Night 2017 pada sabtu yang lalu, 22 April 2017.

Kereta antik menghiasi ruang masuk ke Setia City Convention Centre..
juga menjadi props untuk posing tangkap gambar

Majlis yang berlangsung dengan meriah ini telah diadakan di Setia City Convention Centre bertujuan untuk memberi penghargaan kepada usahawan Sahajidah Hai-O Marketing Malaysia (SHOM) yang berjaya mencapai sasaran jualan berkumpulan sebanyak RM180,000 , RM720,000 dan Car Fund. 

Alhamdulillah setiap kali Diamond Night dianjurkan, pasti ada usahawan SHOM dari kumpulan The Diamond Circle sendiri yang naik pentas untuk menerima penganugerahan. Untuk Malam Penganugerahan Diamond Night 2017 kali ini, seramai 4 orang usahawanita dari kumpulan The Diamond Circle telah menerima pengiktirafan untuk kejayaan masing-masing.

Siti Azlina Osman, Penerima Car Fund



Fiza Mahazir, Double Diamond Manager
dengan jualan terkumpul RM720,000


Diana Hassan, Diamond Sales Manager
dengan jualan terkumpul RM180,000

Nurul Saadah Bahar, Diamond Sales Manager
dengan jualan terkumpul RM180,000

Tahniah untuk semua The Diamond Circle team yang berjaya capai another target & milestone dalam business MLM ni.


Yana & bakal DDM Suhaili pun turut sama hadir
meraikan kejayaan rakan The Diamond Circle

Selain meraikan kejayaan usahawan SHOM, Syarikat juga melancarkan koleksi esklusive hijab hasil kolaborasi dari pereka fesyen tersohor Rizman Ruzaini menerusi koleksi Infinence X RR.


Koleksi hijab esklusive Infinence X RR dijangka akan berada dalam pasaran Mei nanti exclusive melalui ejen sah SHOM sahaja.

Owh ya..kalau nak tahu..buat julung kalinya ada tema untuk
Malam Penganugerahan Diamond Night..sebelum ni belum pernah lagi ada tema tau. Tema untuk Diamond Night 2017 adalan " The Great Gatsby".

Ok jom layan gambar-gambar dan fesyen-fesyen '"The Great Gatsby" malam tu:

The Diamond Circle Team bersama Founder & Co-Founder TDC, CDM Shaliza Aziz & CDM Norain






Seronok jugak bertema ni walaupon pening kepala semua last minit..ni attire dan look yana pada malam tu..


Dress & Clutch kali ni semua DIY by Yana.
Make Up by Nor..first time make up dengan beliau.

Last but not least, moga pencapaian penerima anugerah Diamond Night 2017 memberi inspirasi dan pemangkin kepada usahawan-usahawan The Diamond Circle yang lain termasuk lah yana sendiri.

Till then..my sharing my stories.

Yana Mokhtar
Your Premium Beautiful Expert

Finalist Shake & Shape Me Challenge
Monday 3 April 2017

Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 kini KEMBALI!

Selamat petang semua. Ingat tak sekitar hujung tahun 2016, yana ada menghadiri Pertandingan Akhir Raja Kuah Knorr 2016 ? Ok..ni yana nak bagitau ni..Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 telah dibuka!!

Bertempat di Pullman Hotel Kuala Lumpur pada 27 March 2017 yang lalu, telah berlangsung Majlis Pelancaran Cabaran Raja Kuah Knorr 2017. Majlis yang bermula tepat pukul 4.00 petang didahului dengan ucapan dari Timbalan Pengarah Eksekutif Unilever Food Solutions (UFS), Mr. Harry Brouwer dan disusuli ucapan dari Pengarah Urusan UFS MalaysiaNusrat Perveen. 


Timbalan Pengarah Eksekutif Unilever Food Solutions Harry Brouwer menyampaikan ucapan

Sejak diperkenalkan buat kali pertama tahun lalu, acara anjuran Unilever Food Solutions ini akan berfokus pada hidangan berkuah yang mewakili sehingga 70% daripada hidangan pengendali makanan Melayu terutamanya sebagai kari, dan dihidangkan bersama kicap, kunyit dan rempah lain.


Simbolik majlis pelancaran Cabaran Raja Kuah Knorr 2017

Selain menjadikan Serbuk Ayam Knorr sebagai bahan yang perlu digunakan dalam setiap resipi untuk Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 ini, cabaran ini juga bertujuan mengetengahkan resipi turun temurun melayu yang diwarisi dari setiap pelusuk negeri.

Penyertaan 2017 telah dibuka kepada semua rakyat Malaysia. Anda hanya perlu menghasilkan 3 jenis resipi hidangan berkuah dengan menggunakan Stok Ayam Knorr. Seramai 20 peserta akan dipilih untuk bertanding dalam peringkat akhir yang akan diadakan di Lembah Klang. Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan pertandingan, anda boleh layari laman sesawang Unilever Food Solutions di http://www.unileverfoodsolutions.com.my/



Ok, sesiapa yang ada masakan/resipi keluarga yang sedap-sedap tu boleh cuba hantar resipi anda tu..mana tau anda lah Raja Kuah Knorr 2017. Hadiah yang ditawarkan untuk cabaran tahun ni lebih menarik dari tahun lepas tau..
  • Hadiah Utama: Pakej Umrah untuk 2 orang bernilai RM25,000 berserta wang tunai sebanyak RM10,000 & hamper
  • Naib Johan: Wang tunai RM10,000 & hamper
  • Pemenang tempat ketiga: Wang tunai RM6,000 & hamper
  • 13 pemenang saguhati: Wang tunai RM500 & hamper.


4 Finalis Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 berkongsi pengalaman



Pemenang Raja Kuah Knorr 2016, En.Budiman Bistari Mohamed
menunjukkan demo masakan Kari Poley

Ok..dah..jangan tunggu lama..cepat-cepat hantar resipi. Kalau ada kawan-kawan yang hebat memasak tu boleh share kat beliau good news ni.

Till then, spread the news ✌😉.

Love,
Yana Mokhtar