Featured Posts Slider

Thursday 29 December 2016

Shake & Shape Me Challenge: My Journey, My Special Dedication.

Salam shakeME semua..
   
Audition day- 17 September 2016. Putrajaya International Convention Centre
                                   
Alhamdulillah..selesai juga cabaran 3 bulan Shake & Shape Me Challenge anjuran Sahajidah Hai-O. Yana berjaya buktikan kepada luar bahawa Shake Me juga berjaya membantu yana turunkan bukan hanya berat badan..tetapi juga inchloss dalam masa hanya 3 bulan.


Catwalk pada malam kemuncak Final Shake & Shape Me Challenge.
 BeYOUtiful Night - 23 December 2016

Terima kasih di atas sokongan padu anda pd yana sepanjang pertandingan Shake & Shape Me Challenge dan juga ikuti perkembangan yana sepanjang lebih dari 2 tahun lebih dalam usaha yana untuk menurunkan berat badan dan berubah ke arah cara hidup yang sihat.

One snap with Syami...best syami ni..sentiasa monitor progress kami dari mula audition sampai la lepas Bootcamp. Ilmu yang beliau share sangat tiptop!
Nak tau ape? kene roger yana ;-)


Matlamat yana adalah supaya rakan-rakan, kenalan, keluarga dan orang luar sana sedar akan kepentingan kesihatan diri yang sebenarnya datang melalui keseimbangan dalam semua aspek. Yana mahu perjalanan Yana memberi inspirasi kepada anda.

Group photo dengan The Diamond Circle family yang sama-sama datang dan support Yana pada malam BeYOUtiful night. Ade few yang dah balik time ni..

Ucapan jutaan Terima Kasih dari lubuk hati kepada keluarga, keluarga besar The Diamond Circle, my leader CDM Shaliza Aziz CDM Norain Mohd Nizar DSM Suhaili Isa , my buddy yg memberi dorongan all the time Hasnaliza Aini Abd Talib , my dearest friends Jumpa Dgym, Geng Diet TDC dan lain - lain atas sokongan sepanjang perjalanan yana.


Supporters wajib dari The Diamond Circle Team. Love Uolssss!!

Dearest my Shake&Shake Me Family, tahniah untuk kita semua. KITA semua adalah PEMENANG kerana setiap dari kita berjaya mengubah diri hanya dalam masa 3 bulan ini yang pastinya dengan bantuan SHAKE M3 dan produk berkesan Hai O yang lain. Sesungguhnya ukhwah yang terbina sangat terkesan dihati dan moga hubungan ini terus terjalin. 

Aktiviti riadah di Sunway Lagoon pada hari ke 2- Shake & Shape Me Challenge Bootcamp






Barisan 12 Finalist Shake & Shape Me Challenge.
Dari Kiri: Anwar, Miry, Haslizah, Joyce, Norhayaty, Yana, Fauziah, Idzul, Syahril, Noney, Anna & Ayu.



Tahniah Kak Ayu atas kemenangan. Juga tahniah Kak Og untuk tempat kedua & Miry tempat ketiga. Tq SHOM for the opportunity given.


Ayu Yasin, Pemenang Shake & Shape Me Challenge anjuran Sahajidah Hai-O

Perjuangan yana masih belum ke penghujung selagi belum mencapai target yang yana mahu iaitu supaya anda yang diluar sana yang sama-sama mempunyai matlamat yang sama & berjaya mencapai matlamat anda. Ini hanyalah satu titik permulaan utk sy melangkah lebih jauh ke hadapan. Mari kita sama2 menuju ke PUNCAK KEJAYAAN dan MEMBERI INSPIRASI KEPADA SEMUA kerana ianya TIDAK MUSTAHIL.

Yana bersama dress rekaan Rizman Ruzaini yang direka khusus untuk Yana untuk Malam Final Shake & Shape Me Challenge
                  


Be Inspired,
Yana Mokhtar
Finalist Shake & Shape Me
Premium Beautiful Expert


Wednesday 21 December 2016

Juara Raja Kuah Knorr 2016

Siapa suka makan? Eh..soalan ape ni..mesti la semua orang suka makan kan😁.


Sempena MAHA 2016 yang lalu Yana telah dijemput untuk menghadiri Pertandingan Akhir Cabaran Raja Kuah Knorr (RKK) yang bertempat di Foods Empire, MAEPS.



Pertandingan ini yang julung kali diadakan dan dianjurkan oleh Unilever Food Solutions bertujuan untuk mencari hidangan kuah Melayu terbaik di Malaysia dengan menggunakan Stok Ayam Knorr sebagai salah satu bahan dalam masakan. Wah..bukan senang nak tgk chef-chef hebat memasak live..terutamanya dalam pertandingan.


Ok..ada 4 orang peserta hebat bertanding di peringkat akhir ni. Masing-masing mewakili wilayah/kawasan Sentral, Selatan, Pantai Timur & Utara Malaysia. Mereka ni semua terpilih selepas menjuarai pertandingan peringkat kawasan masing-masing.



En.Raiei Mahidin dari zon Sentral dengan tema masakan "Hantaran & Hidangan Perkahwinan".


En. Salezahrin Mohd Saleh dari zon Selatan dengan tema "Santapan D'Raja Sri Menanti Istana Kayangan".



En. Mohd Hilmi Mohd Alias Ahmad dari zon Pantai Timur dengan tema "Warisan Kampung Knorr".



En. Budiman Bistari Mohamed dari zon Utara dengan tema "Hidangan Potluck Knorr 1Malaysia"


Haaa..menarik tak tema dan masakan yang dihidangkan para peserta ni? Pertandingan akhir ini diadili oleh 4 orang juri iaitu Chef Jo, Chef Professional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din dan blogger makanan En.Nor Ariffin Hamzah dan Puan Ruzita Idias Ismail.



Yana berkesempatan merasa sendiri hasil air tangan para peserta terutama hidangan Softshell crab..Ya Allah..Sedap! Xpernah lg rasa..unik.


Ok..cuba teka masakan yg mana berjaya mencuri hati para juri dan yana sendiri 😉 dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM15,000 berserta pakej umrah ekslusif untuk 2 orang?


Kebetulan pilihan juri & yana sama pulak 🤗, En.Budiman (zon utara) yang merupakan pengusaha trak makanan dari Selangor berjaya memenangi pertandingan ini sekaligus dinobatkan sebagai Raja Kuah Knorr 2016. Tips dan resipi generasi turun temurun dengan olahan semula dari beliau berjaya memikat hati juri dan sekaligus melayakkan beliau membawa pulang hadiah sebagai Raja Kuah Knorr yang berjumlah keseluruhan RM144,000.


Cabaran Raja Kuah Knorr ini juga dijayakan bersama dengan jenama peralatan dapur Butterfly serta santan dan kicap jenama Harmuni.


*Tips masakan: Pernah bancuh Lipton Ice Lemon Tea tak? Sedap kan kalau bancuh sejuk. Tahukah anda yang kerabu mangga juga boleh menggunakan serbuk Lipton Ice Lemon Tea sebagai pengganti limau/lemon? Haa..cubalah nanti. Kerabu anda akan lebih rangup & kurang berair.



Wednesday 26 October 2016

#BilaYanaJalan2 - Japan Autumn 2016 : Hotel MyStays Otemae

Jepun adalah salah satu negara maju yang Yana amazed dengan teknologi & kebersihan negara ni.


Jadi.. Yana decide untuk datang melawat Jepun buat kali kedua dan kali ni Yana pilih musim luruh (kali pertama datang bulan February - March masa musim sejuk dengan family 😁).


Untuk trip kali ni, Yana pergi dengan bestie merangkap Buddy ShakeMe contest yang Yana tengah participate, Aini Talib 😊 (ni consider trip ad-hoc die sebab sume last minit booking 😂).


Memandangkan last minit, kami decide untuk book hotel di AirAsia Go je..and we got a good deal for this hotel, Hotel MyStays Otemae. Tips kalau korang malas nk survey hotel banyak2 adalah dengan booking je kat AirAsia Go. Lots of review here dan korang boleh choose based on budget korang & boleh study komen-komen dari pengunjung sebelumnya.


Hotel MyStays Otemae pilihan kami sepanjang 5 hari di Japan.


Hotel ni terletak di bandar Osaka. Dekat dengan Osaka Castle dan Osaka Museum (walking distance je). Selain tu..ade easy access by subway ke Shinsaibashi, Dotunbori (2 stops je)..ni 2 tempat wajib beli belah kalau ke Osaka.


Kat bawah ni antara sebab Yana pilih hotel ni:

Keluasan bilik yg kategori selesa. Besar bagi yana.

Kitchenette yg complete. Boleh masak nasi, air & lauk2. Complete pinggan mangkuk, periuk belanga, pisau, sudu garfu 😍😘.

Ade microwave & kettle jgk..boleh masak2 air & panaskan makanan.

Bilik air comel. Tapi complete. Selesa lah kiranya. Toilet bowl itu adalah automatic ye.

Nearby subway. Tada..jap je boleh sampai depan LV 🙈🙈🙈.

And last bot not least..the price memang cukup2 memuaskan hati. With all the facilities provided at that price..boleh dikategorikan sebagai murah.


Ok. Best kan? But for sure ade certain things jugak yg kurang best skit.


Contohnye kalau tetibe korang ada ad-hoc nk join trip..korang tak boleh main seludup je masuk hotel. Semua kene register coz its their rules 😅..and kene charge lah..charge adalah per pax not per room.


After 10pm, pintu masuk hotel akan dikunci. Tapi jangan risau..kita boleh masuk pakai room's access card kita.


Owh ya..receptionist kt hotel ni operates ikut office hour je..selain timing tersebut, kite kene roger @ intercome siap2 (inconvinient if kita sampai tengah malam atau awal pagi).


Tiada room service untuk bersihkan bilik hari-hari. Alah..korang kemas bilik pon bukan hari2 kan 😆😆😆.

Nak apa-apa..silalah ke kaunter receptionist kt bawah. 😁. Mereka sangat ramah tamah untuk membantu.


Nevertheless..tu sume small matter aje..sbb da study about the hotel before proceed booking. Things we enjoyed the most adalah keliling hotel ni kan..ade je 7eleven & Family Mart. Ni memang best friend kitorang sepanjang kat sana sebab kitorang boleh makan the most delicious Cream Puff & Van Houtan Chocolate drink (its halal beb 😍).


Our FAVOURITE!!


Ok. Till then..nanti Yana share trip ke tempat2 di Osaka, Kyoto, Arashiyama & Nara plak ye.


Much love,

Yana Mokhtar

#BilaYanaJalan2

Premium Beautiful Expert


Wednesday 13 April 2016

#BilaYanaJalan2 : Travel Tips (Internet Access)

Kebelakangan ni Acik selalu dapat soalan dari member-member dan geng business  pasal online access masa kat overseas.

Entry kali ni Acik nak share camne Acik online sepanjang bercuti ke luar negara.
Sebagai usahawan online, internet access tu memang WAJIB ade..bukan untuk tujuan business je, perlu jugak  untuk update Facebook ka.. Instagram ka..WhatsApp client & family..dan most important untuk navigation dan waze lokasi menarik di tempat berdekatan.


Ok..ni ☝🏻️ adalah service Portable Pocket Wifi dari Wiyo Malaysia yang Acik selalu pakai bila jalan-jalan overseas. Kecik je device die. Ringan dan boleh selit dalam poket baju atau dalam sling bag kita. 

Jangan risau kalau tak reti pakey. Deme akan ajor cara-cara nak pakai masa kite collect device ni. Semudah On and Off gitewww..😁.

Owh ya..haruslah ada username & password. Jangan risau! Semua details ada pada device tu..kalau tak clear..masa collect tu memang deme ade bagitau...siap kite praktikal on off depan deme lagi. Memang 👍🏼👍🏼👍🏼.

Macam mana pulak rate dia?

MURAH beb!! Specially yang travel in a group..eh..travel sendiri pon untung tau. Satu Portable Pocket Wifi ni..boleh share sehingga 10 devices (tak kira lah handphone ke tab ke laptop ke..janji pakai internet..semua boleh)!

Ni rate yg Acik dapat masa bercuti ke Jepun bulan Feb-Mac 2016 aritu.

Tetapi!!! 

Untuk bercuti bulan October ni dapat LAGIII MURAHHHH! 😱😱😱😱.

Tanpa had penggunaan data (unlimited usage katenye). Aritu acik share sefamily untuk 5 handphone, 1 tab & 1 laptop. Untung tak untung??? Pandai2 la korang bahagi nak bayar brapa ringgit sorang kan. Acik bagi ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ 5 bintang untuk device ni.

Internet sangat laju. Dan alat ni mampu bertahan dalam 6-8 jam bergantung pada berapa banyak device yang connected. Jangan risau..in case bateri habis, boleh charge guna power bank atau direct charge. Charging cable disediakan mengikut negara yang kita nk pergi.

Ok. Tanak borak panjang. Yang masih tercari-cari pakej internet/data roaming untuk bercuti ke luar negara tu nanti..boleh masuk this portable pocket wifi into your consideration.

Boleh visit ig, website, WhatsApp or call je terus Wiyo Malaysia for details. 

Till then..Enjoy your vacay! 💋.

Yana Mokhtar
Travellers , Onlinepreneur , Home Bakers.
Friday 1 April 2016

Achievements: Sales Manager & Senior Sales Manager AchievementAwards2016

Pada 19 Mac 2016 yang lalu telah berlangsung Majlis Penganugerahan bagi Sales Manager (SM) dan Senior Sales Manager (SSM) Sahajidah Hai-O Marketing (SHOM).



Majlis bertujuan mengiktiraf dan meraikan pencapaian para usahawan Sahajidah Hai-O Marketing yang berjaya mengumpul hasil jualan terkumpul sebanyak RM20,000 bagi pangkat Senior Manager (SM) dan RM60,000 bagi pangkat Senior Sales Manager (SSM). Seramai 375 orang usahawan berpangkat Senior Sales Manager dan 1031 orang usahawan berpangkat Sales Manager diraikan dalam majlis penganugerahan ini. Buat kali pertama dalam sejarah majlis SMSSM, sesi berlansung hingga malam..xpernah lagi sampai kena ada sambungan sesi sebelah malam. Ini menandakan bahawa sudah ramai yang yakin dan mengambil peluang untuk berniaga bersama Sahajidah Hai O Marketing yang kukuh dan stabil sejak ditubuhkan 24 tahun yang lalu.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi; Yana antara penerima anugerah bagi Senior Sales Manager dengan jualan terkumpul melebihi RM60,000.

Kali ini Yana tidak berseorangan naik pentas kerana turut ditemani oleh rakan perniagaan Yana yang turut sama menerima bagi Sales Manager dengan hasil jualan terkumpul RM20,000.

Yana bersama leader DSM Suhaili Isa dan rakan kongsi, Syahirah.

Entry kali ini Yana tujukan khas untuk mereka yang banyak membantu dalam perjalanan Yana sebagai Usahawan Sahajidah Hai O Marketing (SHOM).

Jutaan terima kasih kepada Direct Leader Yana, DSM Suhaili Isa dan juga mentor Yana, CDM Norain Mohd Nizar yang banyak membantu dan tak pernah lepas tangan dalam membantu dan mendorong Yana hingga ke tahap ini dan InsyaAllah ke peringkat seterusnya.

Bermula dari "Satisfied Customer" ke "Side Income Job" dan InsyaAllah as Full-Time Profession, leader dan mentor Yana tak pernah lepas tangan dalam membimbing Yana. Tidak lupa juga CDM Shaliza Aziz yang juga merupakan founder The Diamond Circle group yang turut sama memberi motivasi dari masa ke semasa.

Thank you CDM Norain (left) & CDM Shaliza Aziz (middle).

Terima kasih juga kepada rakan perniagaan yang lain (Nur Izzah, Siti Shamiza dan Kak Haslindawati) yang menyokong dan membantu dalam perjalanan Yana sebagai Usahawan SHOM. InsyaAllah, kita sama-sama usaha untuk membantu bagi yang memerlukan dan berusaha untuk upgrade income dan kehidupan.

Sentiasa ada peluang dan ruang bagi mereka yang mahu berusaha untuk meningkat taraf kehidupan masing-masing. Yang tidak pasti bagaimana, boleh hubungi Yana 0193899315. Kita borak-borak macamana nk generate extra income monthly.

Mahu atau tidak, tepuk dada tanya hati.


Ikhlas dari hati,

Yana Mokhtar
Usahawan SHOM.
The Diamond Circle.

Tanah Untuk Dijual: Lokasi Jenderam Hilir

TANAH LOT UNTUK BUMIPUTRA SAHAJA!!

.

TINGGAL 2 LOT TERAKHIR UNTUK DIJUAL !!!!! 

-

Lokasi: Jenderam Hulu. (15 minit dari  Putrajaya, Bangi Avenue, Nilai).

Landmark: berdekatan MIAT.

Keluasan tanah & harga:


53 x 109 (5791 sqft) = RM145,000.

7772 sqft = RM195,000 (harga sebelum discount 10%)

-

Untuk maklumat lanjut atau lawatan tapak sila hubungi :

SMS / CALL / WHATAPPS


Yana Mokhtar 019-3899 315 




Friday 18 March 2016

#BilaYanaMasak : Simple Egg Wrap

Yana nak kongsi resipi paling ringkas & cepat untuk disediakan, Simple Egg Wrap. Sesuai untuk yang sentiasa on-the-go dan juga yang sukakan masakan yang simple dan mudah disediakan.

Simple Egg Wrap.
(hidangan untuk 1 orang. Masa penyediaan 10minit)

Bahan-bahan:
🔹Mission Wrap (yana pilih Flavor Garlic)
🔹Sebiji Telur
🔹Lada sulah (white pepper)
🔹Salad (cuci bersih)
🔹Lada Benggala (Capsicum), Bawang Besar dan Tomato
🔹Sos cili, mayonaise & sos mustard.

Cara-cara:

Panaskan kuali & letak sedikit mentega/butter dan terus masukkan telur (tak perlu tunggu kuali panas).

Telur akan mula masak bila kuali semakin panas. Terus gaul rata telur dalam kuali supaya bercampur dengan mentega & masukkan lada putih (sikit je..ikut kegemaran masing-masing) dan gaul rata dan boleh terus tutup api. So kita da siap moist scramble egg in just few minutes.

Panaskan wrap sekejap.
Sapu mayonaise & sos mustard atas wrap sama ada keseluruhan wrap atau bahagian tengah wrap.
Susun salad atas sos tadi dan letak scramble egg tadi (di bahagian tengah wrap)
Susun bawang, lada benggala & tomato. Last skali letak sos cili...then gulung wrap tersebut.


Ok. Sedia untuk dimakan. Yang nak buat style on-the-go, boleh alas aluminium foil masa nk prepare wrap..then boleh terus bungkus 😊.

Tips kurus:

1. Hidangan ni berkalori sederhana (250-300 calories) kenyang dan takes time untuk perut kita lapar balik.
2. Sesuai untuk yang mahu berdiet & sesuai untuk dijadikan menu bersahur.
3. Makan bersama Mineral Coffee..CONFIRM EXTRA KENYANG.

Selamat mencuba!

With Love,
Yana Mokhtar 💋.

Wednesday 17 February 2016

Cerita Krim Ajaib

Selasa & Sabtu adalah hari workout yana.

Semalam memang seronok lah join fitness class..Belly Dance, Kpop & Zumba. Sebenarnya untuk Belly dance mmg da few months yana stop  join sejak lutut sakit. Tapi since da ok lepas amalkan herba maharani setiap pagi, streching dan cycle at least 5 minit sebelum workout..lutut dah getting better & stronger.

Jadi..semalam dengan happy nya berjaya abeskan 3 jam workout. Balik rumah je..sakit badan tu mak aihhh..xreti nk describe. Lepas mandi & solat..sebelum tido tu dok lumur lotion mustajab satu badan dengan harapan ilang sakit badan esoknya.

Haaa..amik..3 jam ++ burned 1400+ calories.


TETAPI..Ya Allah..rasa badan macam kene golek dengan steamroll bila bangun pagi ni..nak solat tadi memang tahap slow-the-motion bila dari sujud nak berdiri 😭.

Jadi..last result..sebab da xtahan sengal & sakit badan..Yana try tips yg business leader yana pernah bagi. Sue advise supaya yana sapu dekat area yg sengal & sakit tu dengan BioEver Plus...ikut arah otot.



Wah!! Seriously! Yana sapu dlm pukul 9 pg..sekitar jam 10.30 tu baru perasan sakit and sengal tu hampir 70% hilang 😱😱😱. Lepas tu siap g sambung wat keje rumah lagi..kuat sungguh lah 😂😂😂.

Makanya..sangat berbaloi2 lah beli sebotol BioEver Plus ni. Ingatkan boleh kuruskan/ slimkan problem area kat badan je..rupenye skali boleh ilangkan sengal dan sakit badan. Uolz memang patut ade tau.

Ok lah. Nak pergi ke Bangi mencari cat pula. Till then..😉.

Salam sayang,

Yana Mokhtar 💋
yanamokhtar.blogspot.com
Tuesday 2 February 2016

Pre-loved Novel To Let Go

Hi semua,

Yana ade few novels & buku ilmiah to let go (pre-loved..condition varies..most of it in very good condition).

Feel free to visit my account @lieyann at Carousell for any books or available novels.


Yours Truly,

Yana Mokhtar 💋
Monday 18 January 2016

#BilaYanaJalan2: KK Trip- Gayang Seafood Restaurant


Menarik tak? Sah-sah la menarik kan. Ni adalah lauk pauk yg Yana and the girls makan masa hari pertama sampai di Kota Kinabalu.

Overall, makanan dia sedap, fresh dan setanding dengan harga. Menu yg kami order:

👍 butter prawn
👍 sotong goreng tepung
👍 kailan ikan masin
👍 siakap stim nyonya.

Recommended untuk try siakap masak stim nyonya. Rasa ala2 kari + asam pedas. Kuah dia memang pekat..SEDAP! 👍👍👍.

Tips yana untuk yang nak try restoran ni:

1. Google map/ waze lokasi restauran.

Kami bertolak dari bandar Kota Kinabalu. Perjalanan mengambil masa sekitar 45 minit. Yana cadangkan gerak awal utk ke restoran.

Untuk yang x familiar dengan kawasan, restoran ini terletak berhampiran INTAN KK.

2. Buat tempahan awal.

Kalau tak kisah tunggu lama..boleh terus walk in. Kami tak buat tempahan awal sebab tak tau waktu menunggu yang lama.

Masa dari siap order & makanan sampai adalah lebih kurang 1 jam 😅. Berbanding dengan yang dah tempah & order makanan sebelum dtg..waktu menunggu adalah dlm 15 minit. Maka sila buat tempahan awal.

3. Kualiti makanan.

Sedap 👍.

Agak kering walaupun ade order siakap masak stim nyonya. Jadi, kalau suka makan berkuah..recommended order sup.

4. Tempat.

For me, agak selesa. Tempat luas. Ada tandas. Ada surau. Cuma macam biasalah..kalau dah ramai, kebersihan tandas tu kurang memuaskan bagi yana.

Ok. Setakat ini review restoran dari yana. Selamat mencuba.

Love 💋,
Yana Mokhtar.



Monday 11 January 2016

#BilaYanaMasak : Mini Chicken Pai

Hi semua.

Mesti ada yg tengok #bilayanamasak tapi gambar makanan je. Resipinye takde kan..ok..here u go..my 1st sharing.

Mini Chiken Pie (15 mini pie)

A. Inti Pai

1 biji bawang besar, potong dadu/halus.
4-5 ulas bawang putih, potong halus.
1 bahagian dada isi ayam dicincang, potong dadu.
1 tin sup cendawan (yana pakai campbell).
1 tin kacang peas, buang air & toskan.
1 batang lobak merah di potong dadu/ di parut.
Cendawan (kalau suka).
Lada hitam.
Garam.


Cara memasak:

• panaskan 2 sudu minyak. Tumis bawang besar hingga layu. Masukkan bawang putih dan masak hingga agak kekuningan.

• masukkan ayam dan gaulkan sehingga separuh masak. Tambah sedikit air jika bahan tumisan agak kering.

• masukkan kacang peas, lobak merah & cendawan..gaul rata. Tambah setengah cawan air dan masak seketika hingga sayur mulai lembut.

• masukkan sup cendawan, garam & lada hitam. Masak sehingga filling tersebut agak kering/ pekat & sayur lembut.



B. Kulit pie

1 1/2 cawan tepung gandum
80 gram unsalted butter
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
1/2 cawan air sejuk.

Cara-cara:

• campurkan tepung, garam & gula. Gaul rata.

• masukkan butter ke dalam adunan tepung. Gaul rata hingga menjadi seperti serbuk roti. Biasa yana akan play around dengan kuantiti butter & tepung utk pastikan texture seperti serbuk roti.

• tambah air sejuk 1 sudu demi satu sudu..gaul hingga menjadi doh.

• since yana buat mini pai..doh tu yana bahagiakan jadi kecil2 untuk di canai. Canai doh..dan masukkan dalam aluminium cup sbgai base. Bakar dlm oven selama 15 minit/ 200 celcius.

• keluarkan dari oven & msukkan filling ayam. Canai doh yg lain utk cover filling ayam tersebut. Yana akan tekan bucu pie supaya filling ayam tak melimpah keluar.

• sapukan kuning telur atas permukaan pai..dan masukkan semula ke dalam oven selama 30 minit / hingga kuning keemasan.

Dah siap and boleh dimakan bersama mineral coffee atau teh panas 😊.


Selamat mencuba!

Yana Mokhtar 😘.

Friday 8 January 2016

Herba Maharani Lambatkan Menopause?



Salam Jumaat & Hi semua,

Pernah dengar Herba Maharani?

Ala..yang Hot Selling sepanjang penghujung tahun 2015 tu. Sampai out of stock satu Malaysia..gara-gara #projectmemikatsuami punye cerita.

Tapi jangan risau, lepas lebih sebulan out of stock..stokis baru je inform Yana minggu lepas yang stock da masuk.

Macamana boleh out of stock? Sebab production adalah secara batches. Once produced, before release ke pasaran..kene ada approval KKM baru lah boleh di jual.

APA FUNGSI HERBA MAHARANI
-------------------------------------

Rahsia melambatkan Menopause.

Sesiapa yang mengamalkan pengambilan produk Maharani yang berterusan dan konsisten akan dapat melambatkan proses menopause. 

Macam mana tu?

Herba Maharani membantu dalam menstabilkan hormon wanita.

Bila kita sudah berada pada tahap umur dijangka, maka cepat-cepat amalkan dari sekarang, untuk menjamin kebahagian kita dan suami secara berterusan…selamat mencuba.

ANTARA KHASIAT & KEBERKESANAN MAHARANI

✅ Menyelesaikan masalah haid tidak teratur dan semua masalah berkaitan haid.
✅ Menyelesaikan maslah sengugut, keputihan dan kekuningan.
✅ Melegakan sakit pinggang, sakit belakang, sakit lutut dan urat saraf.
✅ Menguatkan anti-body (menghindarkan dari kerap selsema, batuk, demam dan alahan).
✅ Mencantikan, menegang dan melicinkan kulit (akan berubah seperti lilin).
✅ Merangsang Hormon Estrogen, Progesteron dan Androgen (Hormon seks).
✅ Menegangkan, memejalkan payu dara dan mencerahkan warna puting.
✅ Mencegah dan mengubati untuk pesakit diabetis(kencing manis).
✅ Amalan selepas bersalin (mengecutkan dan merapatkan faraj).
✅ Menghilangkan bau mulut (terutama masa bangun pagi).
✅ Menghilangkan urat timbul (terutama selepas bersalin).
✅ Memperbanyakkan pengeluaran susu badan selepas bersalin.
✅ Awet muda dan kesuburan (masalah sakit puan)
✅ Melegakan migrain dan angin dalam badan.
✅ Menghilangkan kelesuan dan muka pucat.
✅ Menghilangkan perpeluhan pada waktu malam.
✅ Memberi kebahagiaan kepada pasangan, wink wink! (secret receipe) 🙊🙈.
✅ Menguatkan otot-otot rahim dan peranakan.
✅ Menguatkan hati dan buah pinggang.
✅ Menambah darah selepas bersalin.
✅ Meningkatkan kecergasan minda.
✅ Mengimbangi tekanan darah selepas bersalin.
✅ Melambatkan proses monopouse.
✅ Mengimbangi tekanan darah.
✅ Menyelesaikan masalah buasir kecil.
✅ Melegakan asma (Lelah).
✅ Menghilangkan jerawat.
✅ Menaikkan seri muka dan badan.
✅ Melancarkan peredaran darah.
✅ Anti-bakteria (Sekitar faraj). kan Menopause..Sesiapa yang mengamalkan pengambilan produk Maharani yang berterusan dan konsisten akan dapat melambatkan proses menopause. 

WhatsApp Yana 019 3899315

Sharing is caring,
Yana Mokhtar 💋
Wednesday 6 January 2016

Premium Beautiful Short Bra Vs Sports Bra

Hi semua.

Sape kat sini suka fitness activities..contohnya enjoy gym ke dancing class or marathon?
Ok sapa yang suka tu..kite geng!

Buat masa ni yana memang aktif ke gym. Tapi bukan main facilities yang ade kat gym macam treadmill & lain-lain tu. Yana enjoy fitness class seperti Belly Dance, K-pop Dance, Zumba, Power Funk & Power Dance.

Fuhhh..bukan main lagi kan. Ni semua melibatkan kardio dance and at the same time melompat-lompat. Bila da lompat-lompat terlebih ni..kene la ade extra support untuk bahagian aset kita.

Untuk yang tak tahu, Yana pakai jugak Premium Beautiful (PB) masa workout. Tapi takde la pakai full set. Normally pakai Long Girdle & Long Bra je sebab bila workout dengan Premium Beautiful, akan burned extra around 100-150 calories hasil dari tindakbalas F.I.R yang terdapat dalam fabrik Premium Beautiful.

TETAPI! pada suatu hari, Yana terlebih meng'flexible'kan badan..dan akibatnya..patah tetulang yang ada pada Long Bra Yana..sedih kot..huhu..nasib 'Free of Charge' repair dan 'Life-Time Warranty'..maka lepas cuci..Yana pi la hantar ke stokis terdekat untuk repair.

Memandangkan Long Bra da hantaq pi repair, maka kena la pi beli sports bra sementara tunggu PB tu siap repair. Yana memang agak choosy bab2 membeli ni..jenuh jugak la mencari dari Alamanda, bangi..sampaila ke IOI City Mall. At last, dapat juga yang di cari. Time tu Yana pilih Sports Bra Adidas (price RM140. susah nk dpt diskaun sbb yg ni good quality, size mcm bra biasa & strong impact support katenye).

Picture source from Google/Adidas page.

After sometimes pakai sports bra, Yana try pulak Short Bra Premium Beautiful sebab bila study balik product details.. function dia lebih kurang sama macam sports bra and ada additional features seperti:

✅ Jahitan secara stereoskopik yang bantu menampung breast supaya tidak jatuh dan kekal pada kedudukan yang sepatutnya.

✅ Sama macam set Premium Beautiful yang lain, dibuat dari fabrik Akwatek & Akwadyne and ada F.I.R.

✅ Penyerapan yang baik, air-flow / pengudaraan yang baik dan sesuai untuk dipakai semasa bersenam.

✅ Ada kuasa rengangan 360 darjah mengikut pergerakan badan tanpa mengubah reka bentuk asal. INI PALING PENTING...takde la kisah tetulang patah lepas ni..haha.

Haa..best kan? part yg ade F.I.R tu mmg extra best untuk yana. Dan lagi satu...in case ade yg xselesa dengan Long Bra, boleh try short bra sebab dia ade padding (i.e push up pad) pada cup bra..and xbeberapa nampak corak lace kalau pakai T-Shirt.


Ok. Setakat ni saja sharing yana...Short Bra Premium Beautiful Vs Sports Bra..mane satu pilihan anda?

Sharing is Caring,
Yana Mokhtar 💋.

Monday 4 January 2016

#BilaYanaJalan2: KK Trip (Nov 2015)

Hi semua.
Kali ni yana nak cerita short gateaway dengan my gym girls (5 of us).
Kami berlima kenal di Jumpa D'Gym..lama2 get along attend dance/fitness class...jadi rapat. Dan memandangkan semuanya tgh stress keje & need mood vacation..kami pon berganding tenaga & idea plan short gateaway. Discuss punye discuss, we choosed to go to Kota Kinabalu, Sabah from 14 - 17 Nov 2015.



Day 1 (KL-Kota Kinabalu, Sabah).

Kami take off to Kota Kinabalu by AirAsia Flight (kami amik flight 7.30 pagi). Sampai di terminal 2 Kota Kinabalu Airport, kami settle down urusan luggage, makan & solat..at the same time update contact person for our rental car & service apartment yang kami da sampai. Once dapat kereta around 2 ptg..kami terus shoot ke service apartment kami.

*safely landed at KK International Airport (Terminal 2).
We get our rented car (Avanza, 1.6 cc, Auto @ RM660 for 4 days.
Untuk hari pertama tak banyak aktiviti. More on city tour, cari port seafood yg sedap, and preparing for the next day trip to Kundasang/ Kinabalu Park. Sambil2 tu..sempat jugak la kami berzumba & explore Oceanus yg terletak berhadapan dengan Marina Courts Service Apartment.

Our stay in Kota Kinabalu, Sabah..Marina Courts Service Apartment


Nearby shopping malls- walking distance. Tak perlu risau nak cari makanan kat mana..


Day 2 (Kota Kinabalu - Kinabalu Park).

Kami bertolak dari hotel seawal jam 8.30 pg. Alhamdulillah, cuaca sangat baik sepanjang hari. Punya la happy bila belum start naik da nmpk puncak kinabalu.

Cuaca baik sepanjang perjalanan naik ke Kundasang & Kinabalu Park..rasa kagum dari bawah dah nampak puncak Gunung Kinabalu.

Perjalanan dari hotel ke Kinabalu Park mengambil masa sekitar 1 jam setengah ke 2 jam (bergantung pada trafik, kelajuan & juga pit stop :D).

Pit-stop a.k.a toilet break 😋.



Arrived at Kinabalu Park. Amik gambaq dulu before ke lokasi seterusnya.


Lepas photoshoot sekejap di Kinabalu Park, kami teruskan perjalanan ke Poring Hot Spot. Untuk yang tak pernah datang, sila explore the Canopy Walk..sangat awesome..walaupon dalam hati dup-dap2 tuhan je yang tau.


Canopy walk: 1st Bridge..senyum je.
Done with Poring, kami proceed mencari bunga Raflesia. Seperti yang kita sedia maklum, bunga raflesia adalah bunga terbesar di dunia. Bukan senang nak dpt jumpa. Syukur ade rezeki kami. Ade 1 tempat yg berbunga. Dengan bayaran sebanyak RM10, kita boleh tengok secara live bunga raflesia ni.

Settle refflesia & poring tour, kami ke ladang teh sabah pula. Unfortunately, tourist area/center di Ladang Teh Sabah ditutup untuk renovation. So, hanya mampu enjoy scenery ladang teh dan enjoy sabah tea di kedai yang berdekatan.


Selesai je round di Ladang Teh Sabah, hari pon dah pukul 5 ptg. Kami bergerak untuk cari surau & seterusnya check in di Sutera Sanctuary Resort, Kinabalu Park.
Day 3 (Kinabalu Park - Kota Kinabalu).
Masuk hari ke 3 di Sabah (hari ke 2 di Kinabalu Park). Memandangkan hotel including breakfast, kami makan dulu puas2 sebelum check out & teruskan tour kami.

Coffee house for breakfast.

Waitress coffee house kat sini amatlah peramah..siap offer amikkan gambaq..cantik pulak tu 😍😘.




Untuk memudahkan perjalanan & menjimatkan masa, kami decide untuk check out selepas siap breakfast & berkemas. Next destination is the Cattle Dairy Farm yang terletak tidak jauh dari hotel kami di Kinabalu Park (around 15 minutes drive).



Hahaha..tourist china ni igt ktorg ni femes gamaknye 😂😂. 

Untuk hari kedua di Kinabalu Park, cuaca agak gloomy..mmg dah rasa macam musim luruh kat oversea dah. Mendung, berawan & berangin sepanjang pagi. Kami spend masa lebih kurang 3 jam sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kota Kinabalu semula.

Sempat singgah di Rumah Terbalik masa otw balik ke KK..ada restoran bersebelahan dengan Rumah Terbalik ni..boleh lunch skali in case lapar bila turun dr Kundasang.
Kami memilih untuk check in di hotel yang sama di KK. Dan untuk malam terakhir di KK..kami berjalan kaki dari hotel ke Pasar Piliphines utk beli buah tangan & ke seafood arena yg berdekatan utk makan malam.

Day 4 (Kota Kinabalu - KL).

Hari terakhir kami di KK. Selepas packing barang & check-out..kami berpecah untuk ke lokasi pilihan masing-masing.
Lin & Sya decided untuk ke Celcom center selepas Sya berjaya terhilangkan phone. Fatin & Atia sambung shopping buah tangan untuk gym-mates kami yg lain..and me myself selitkan masa untuk jumpa client yang juga kawan Yana semasa degree.

Yana & Sue

Selesai urusan masing-masing..kami berjumpa semula utk makan tengahari & while waiting for our flight..sempat singgah window shopping di House of Jovian Mandagie 😍.



Overall, we really enjoy our short gateaway to KK this time. Walaupun masing-masing muka penat bila touch down KL..tapi all the experience & time that we spend together sangat berbaloi & menyeronokkan. 

InsyaAllah planning for another trip soon this year. Ke mana kita ni???? 

*tiru tagline jihan 😜.


With love,
Yana Mokhtar 💋.