Friday 18 March 2016

#BilaYanaMasak : Simple Egg Wrap

Yana nak kongsi resipi paling ringkas & cepat untuk disediakan, Simple Egg Wrap. Sesuai untuk yang sentiasa on-the-go dan juga yang sukakan masakan yang simple dan mudah disediakan.

Simple Egg Wrap.
(hidangan untuk 1 orang. Masa penyediaan 10minit)

Bahan-bahan:
🔹Mission Wrap (yana pilih Flavor Garlic)
🔹Sebiji Telur
🔹Lada sulah (white pepper)
🔹Salad (cuci bersih)
🔹Lada Benggala (Capsicum), Bawang Besar dan Tomato
🔹Sos cili, mayonaise & sos mustard.

Cara-cara:

Panaskan kuali & letak sedikit mentega/butter dan terus masukkan telur (tak perlu tunggu kuali panas).

Telur akan mula masak bila kuali semakin panas. Terus gaul rata telur dalam kuali supaya bercampur dengan mentega & masukkan lada putih (sikit je..ikut kegemaran masing-masing) dan gaul rata dan boleh terus tutup api. So kita da siap moist scramble egg in just few minutes.

Panaskan wrap sekejap.
Sapu mayonaise & sos mustard atas wrap sama ada keseluruhan wrap atau bahagian tengah wrap.
Susun salad atas sos tadi dan letak scramble egg tadi (di bahagian tengah wrap)
Susun bawang, lada benggala & tomato. Last skali letak sos cili...then gulung wrap tersebut.


Ok. Sedia untuk dimakan. Yang nak buat style on-the-go, boleh alas aluminium foil masa nk prepare wrap..then boleh terus bungkus 😊.

Tips kurus:

1. Hidangan ni berkalori sederhana (250-300 calories) kenyang dan takes time untuk perut kita lapar balik.
2. Sesuai untuk yang mahu berdiet & sesuai untuk dijadikan menu bersahur.
3. Makan bersama Mineral Coffee..CONFIRM EXTRA KENYANG.

Selamat mencuba!

With Love,
Yana Mokhtar 💋.

Be First to Post Comment !
Post a Comment