Featured Posts Slider

Monday 28 May 2018

Resipi Ramadhan: Ikan Trout Fjord Norway Bakar dalam Daun Pisang

Ikan Trout Fjord Norway Bakar dalam Daun Pisang.


Bahan-Bahan

1 Filet Trout
1 Sudu Makan serbuk kari ikan
1 Sudu Makan serbuk cili
1 Sudu Teh gula perang
1 Sudu Teh belacan, diparut
Daun limau purut, dicincang halus
Minyak zaitun
Garam, secukup rasa
Daun pisang

Cara Memasak

  • Gaulkan serbuk kari, serbuk cili, belacan, gula dan garam bersama-sama. 
  • Buat belahan (make slits) atas kulit ikan trout. 
  • Sapu campuran rempah pada ikan.  Pastikan  daun limau purut dimasukkan ke belahan (into slits) ikan. 
  • Taburkan sedikit minyak di atas ikan lalu bungkus dengan daun pisang. 
  • Panggang bungkusan itu di dalam ketuhar dengan 220C selama 15 minit. Hidangkan dengan sambal di tepinya.



 Ikan Trout Fjord Norway Bakar dalam Daun Pisang


Resipi Ramadhan: Seared Ikan Trout Fjord Norway dan Salad Kentang Asia

Seared Ikan Trout Fjord Norway dan Salad Kentang Asia


Bahan-bahan:

1 Filet Trout
2 Kentang, dimasak
1 Sudu Makan kicap soya
1 Sudu Makan minyak bijan
1 Daun bawang, dihiris
1 Sudu Teh bawang merah goreng
1 Inci halia, diparut
Garam dan lada, secukup rasa
Minyak zaitun


Cara Memasak
  • Taburkan ikan trout dengan sedikit minyak zaitun dan diikuti dengan garam dan lada. 
  • Bakar ikan trout menggunakan ketuhar dengan 200C selama 10 minit. 
  • Sementara menunggu ikan masak, potong dadu kentang dan letakkan ke dalam mangkuk lain. 
  • Campurkan kicap soya, minyak bijan dan halia. 
  • Gaulkan bersama kentang yang telah dipotong dadu. 
  • Masukkan daun bawang dan bawang merah goreng dan hidangkan dengan ikan trout bakar.


Seared Ikan Trout Fjord Norway dan Salad Kentang Asia


Resipi Ramadhan: Kaffir Cili Ikan Trout Fjord Norway dengan Bubur Quinoa

Kaffir Cili Ikan Trout Fjord Norway dengan Bubur Quinoa

Bahan-Bahan

1 Filet Trout
1 Daun limau purut, dihiris nipis
1 Limau, dihiris
1 Cili padi merah, dihiris
1 Genggam daun ketumbar (daun sup)
1 Cawan quinoa, dimasak
1 Cawan stok ikan
1 Daun bawang, dihiris
Garam dan lada, secukup rasa

Cara

  • Masuk quinoa yang sudah dimasak dan stok ikan ke dalam pot dan reneh hingga ia mengembang menjadi bubur keseluruhannya. 
  • Semasa menunggu bubur quinoa masak, letak ikan trout, daun limau purut, limau, cili padi dan daun ketumbar di atas sekeping kertas pembalut aluminium. 
  • Taburkan garam dan lada secukup rasa, balut dengan ketat dan bakar menggunakan ketuhar dengan 200C selama 15 minit. 
  • Selepas ikan trout dimasak, keluarkan ikan trout dari ketuhar dan hidangkan atas bubur bersama dengan sedikit daun bawang.

Resipi Khas Ramadhan menggunakan Ikan Trout Fjord Norway

Assalamualaikum semua and have a great Monday.

Sedar tak sedar, hari ni dah masuk hari ke 12 Ramadhan..maksudnya tak lama lagi kita akan memasuki separuh daripada sebulan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan yang wajib bagi semua umat Islam.


Petang ni Yana ingin berkongsi pengalaman merasa sendiri resipi khusus yang dicipta khusus untuk bulan Ramadhan menggunakan Ikan Trout Fjord Norway.


Haaa..ikan ape ni?? Mungkin ramai yang tak familiar kan?

Ok..Ikan Salmon tau tak? Tau kann..
Sebenarnya, Ikan Trout Fjord Norway dan Ikan Salmon tidak banyak berbeza.


Ikan Trout Fjord Norway adalah sama dengan salmon tetapi Trout dikategorikan sebagai ikan jenis ‘mewah’ kerana dagingnya berwarna merah jingga yang mendalam dengan sedikit warna putih. Ikan Trout Fjord Norway mempunyai rasa yang sangat kaya, dan mempunyai rasa tersendiri selepas makan. Ia mempunyai kulit yang berkilat dan keperakan seperti salmon dan boleh membesar sehingga 2.5 kilogram, iaitu hanya sedikit lebih kecil daripada salmon.

Norway mempunyai suasana kehidupan yang sempurna untuk Ikan Trout Fjord, yang dikelilingi oleh perairan ais yang sejuk serta berpanjangan jauh ke dalam garisan pantainya. Ia diternak di dalam lautan Fjord Norway yang sejuk dengan air laut bergabung dengan air tawar segar dari glasier dan salji, dalam satu proses memenuhi piawaian tertinggi yang dikaitkan dengan alam sekitar dan kemampanan.

Selaku perintis terkenal di dunia dalam penternakan moden untuk trout dan salmon, pengalaman turun temurun dalam mendapatkan kekayaan hasil lautan memberi orang Norway pengalaman unik untuk menguruskan sumber-sumber ini dengan cara yang betul supaya mendapat ikan yang berkualiti tinggi.


En Jon Erik Steenslid, Pengarah Majlis Makanan Laut Norway di Asia Tenggara
memberi penerangan mengenai kehidupan ikan Trout Fjord Norway  di perairan Norway yang terperintis.

Norway juga merupakan pengeksport makanan laut kedua terbesar di dunia dan pengeluar salmon Atlantik dan Ikan Trout Fjord yang terkenal di dunia. Perolehan hasil laut adalah sebahagian budaya dan sejarah Norway yang amat penting. Sebenarnya, memancing merupakan premis penting bagi orang Norway supaya dapat menetap dan tinggal di pantai utara yang sejuk dan berangin.

Okey..seperti yang kita sedia maklum, menjamu makanan yang sihat dan kaya dengan nutrien amat penting untuk menjaga tahap tenaga, memberi tumpuan mental yang jelas dan membantu badan  berfungsi secara lancar sepanjang hari pada bulan Ramadhan.

Alexandra berkongsi resipi dan cara memasak Ikan Trout Fjord Norway, dan dengan menampilkan 3 hidangan lazat dengannya dalam masa yang singkat:





Ikan Trout Fjord Norway boleh menjadi sebahagian diet yang penting pada masa ini kerana Ikan Trout mempunyai protein yang tinggi dan penuh dengan antioksidan dan lemak Omega 3. Ia adalah bahan penting yang sepatutnya dipertimbangkan apabila memasak untuk berbuka puasa dan sahur.

Menurut Alexandra Prahabaran, ahli pemakanan yang bertauliah, Ikan Trout Fjord Norway sangat sesuai untuk hidangan makanan yang sihat, seimbang dan berkhasiat semasa Ramadan. Ikan Trout yang kaya dengan protein akan membantu mencegah kelaparan dan keletihan sehingga tiba masanya untuk berbuka puasa. Lemak Omega 3 yang sihat di dalam Ikan Trout juga boleh meningkatkan fokus mental.


Manfaat kesihatan ikan Trout Fjord Norway

Okeh, resipi dah share tu..kebaikan ikan Trout Fjord ni pon korang semua dah tau kan..yana sendiri pon dah cuba. Memang SEDAP! so..korang pun boleh lah cuba nanti tau..jangan lupa share feedback.

Spreading the love,
Yana Mokhtar