Tuesday 28 February 2017

Pelancaran Air Kelapa Sparkling Blanc Coco, Minuman Susu Kelapa Thai Coco dan Makanan Ringan

Yana antara penggemar air kelapa..terutamanya kelapa pandan, sampai parents siap tanam kat tepi rumah. Tapi tahukah anda kini terdapat satu lagi produk terbaru dalam pasaran Malaysia yang berasaskan kelapa?

Blanc Coco, air kelapa sparkling 100% yang pertama di dunia, telah dilancarkan di Malaysia oleh sebuah syarikat pengedaran iaitu Euro-Atlantic Sdn Bhd untuk Thai Coconut Public Company Limited.

Majlis memotong reben merasmikan pelancaran Blanc Coco di Malaysia
Sebagai minuman air kelapa yang unik, menyegarkan dan bermanfaat, ia berasal dari jenis kelapa terbaik  - jenis Nam Hom yang didapati di Wilayah Ratchaburi, Thailand. Kelapa khas ini dipetik secara tradisional daripada pokok-pokok yang hidup dalam keadaan tanah berair masin, mampan dengan suasana lembapan di tengah negeri tersebut.

Blanc Coco, air kelapa sparkling 100% yang pertama di dunia
Kelapa Nam Hom dinobatkan sebagai "Raja Kelapa" dan terkenal sebagai yang terbaik di dunia kerana ia mengandungi aroma wangi untuk memberi satu identiti unik kepada Air Kelapa Sparkling 100% Blanc Coco yang tidak boleh didapati dalam spesis kelapa lain.

Untuk meningkatkan tekstur, air kelapa tulen berperisa wangi ini dijadikan minuman sparkling. Ia juga merupakan penawar dahaga yang sempurna dan paling lazat dinikmati begitu sahaja atau pun ketika waktu makan.

Ms Ebby Loo and Adrian Ung,, managing director and general manager respectively,
of Euro-Atlantic Sdn Bhd raise a toast to the success of Blanc Coco in Malaysia
From L-R: Ms Patcha Wutipan (Minister Counsellor  Office of Commercial Affairs, Royal Thai Embassy), Ms Ebby Loo (Managing Director of Euro-Atlantic Sdn Bhd), His Excellency Mr Damrong Kraikruan, Royal Thai Ambassador to Malaysia, Ms Chanya Thanasakdipat (Chief Executive Officer of Thai Coconut Public Company Ltd) and Mr Eric Goh (Executive Director of Euro-Atlantic Sdn Bhd)

Terdapat 4 perisa dari produk Air Kelapa Sparkling 100% Blan Coco – perisa asli, mangga dan nenas, limau dan juga buah delima.

Thai Coconut Public Company Limited juga menawarkan produk lain untuk jenama Thai Coco termasuk Minuman Susu Kelapa berperisa asli, durian, coklat, kopi, mangga dan tembikai.

Jenama Thai Coco ini disempurnakan lagi dengan snek Bar Kelapa Panggang dan Cip Kelapa berperisa krim masam & bawang, yogurt dan asal.

Air Kelapa Sparkling 100% Blan Coco, Minuman Susu Kelapa Thai Coco serta Snek Thai Coco diedarkan di Malaysia oleh Euro-Atlantic Sdn Bhd, pengimport dan pengedar khusus untuk hasil laut, buah-buahan dan sayur-sayuran khas yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

Air Kelapa Sparkling 100% Blanc Coco (275ml) dijual pada harga runcit RM7.50 sebotol manakala Minuman Susu Kelapa Thai Coco (280ml) pada harga RM4 sebotol. Produk-produk ini boleh didapati di semua pasaraya terkemuka di Malaysia dan boleh juga dibeli secara online di platform terpilih.

Yours Truly,
Yana Mokhtar
Be First to Post Comment !
Post a Comment