Wednesday 24 January 2018

Bantu Tulang Belakang Anda Sebelum Parah

Hai. Assalamualaikum.

Kelmarin Yana ada share di Facebook Yana yang Waist Nipper atau bengkung Premium Beautiful membantu untuk kes Slip Disk, Lumbar Problem & sakit belakang.

Malam ni..yana share pula pengalaman yana sendiri pakai Premium Beautiful untuk masalah Scoliosis.

Scoliosis ni adalah salah satu kategori sakit tulang belakang yang umumnya lebih banyak di hidapi oleh kaum wanita (namun untuk lelaki pon tak terkecuali). 
Keadaan tulang belakang penghidap scoliosis tidak normal seperti sepatutnya. Dia ade curve. Sama ada bentuk C atau S.



Untuk tentukan tahap scoliosis tersebut adalah bergantung pada berapa darjah bengkok tulang itu & berapa cepat tulang itu membengkok.

Bagi kes mild & moderate scoliosis, antara proses rawatan adalah pakai braces khusus, rawatan fisio & penjagaan posture badan yang lebih teliti..juga bergantung kepada arah bengkok tulang tersebut.


Kebiasaannya bagi yang arah tulang bengkok menghala ke jantung atau organ utama & darjah bengkok tulang semakin teruk sepanjang tempoh pemantauan, pakar akan mencadangkan proses pembedahan untuk memperbetulkan/ menegakkan tulang tersebut.


Untuk kes yana, yana dalam kategori mild scoliosis. Tiada tendency untuk bengkok lebih teruk namun di minta oleh pakar untuk menurunkan berat badan & jaga postur badan untuk mengelakkan kesan sampingan lain atau tulang membengkok. 

Selepas 9 tahun dari tarikh yana disahkan ada scoliosis , baru yana mula rasa effect. Betul. Berat badan ada kaitan lansung dengan tulang belakang. Lebih-lebih lagi bagi yang memang ada masalah tulang belakang. Selama 9 tahun, tak berjaya pon menurunkan berat seperti diminta oleh pakar. Dan..sepanjang itu juga, yana hanya usaha perbaiki posture belakang dengan beli pelbagai korset yang ade di pasaran. Mostly beli di hypermarket sebab senang dapat & agak murah.



Selepas 9 tahun, disebabkan berat badan yang semakin bertambah dan juga postur badan yang tidak betul sebenarnya..kaki kiri yana mula sakit dan adakalanya kebas.

Bayangkan bekerja sebagai Project Leader dengan beberapa project sites di utara, selatan & klang valley, komitment untuk aktif bergerak dan kerap outstation tu membuatkan sakit tu bertambah teruk dari hari ke sehari. Teruk sampai nak jalan lebih 50 meter pon muka berkerut menahan sakit dan kejang dari bahagian pinggul ke buku lali. At one time, bila nak melawat kelas & trainer dari site office kene berhenti 2-3 kali untuk streching kaki sebab terlalu sakit.

From there, yana tahu yang yana kena buat sesuatu. Salah seorang temporary staff yana pernah posting di Facebook berkenaan Premium Beautiful. And apparently, yana hanya register info berkenaan PB sebagai another korset sama macam yang yana beli di hypermarket.

Hinggalah selang beberapa hari selepas itu, ada kawan sendiri yang share sendiri berkenaan PB dengan maklumat tambahan yang ia membantu menyokong tulang belakang. Ya. Dari situ yana google dan cari maklumat. Dan semuanya bermula dari situ.



Yana pakai Premium Beautiful full set termasuk bengkung Waist Nipper untuk bantu betulkan posture badan. Mula-mula pakai. Tak selesa. Rasa macam ade tetulang mencucuk di bahagian perut dan bawah dada belah kanan. Specific kanan sahaja. Yana rujuk pada kawan. Kenapa. Rupanya, yana suka sengetkan badan ke arah kanan. Mungkin effect dari tulang bengkok. Mungkin juga sebab tabiat suka bawak handbag & berat berat di bahagian kanan badan sejak mula sambung belajar diploma (ini consider time kritikal pembentukan tulang bengkok sebab tulang tu mula nampak bengkok bila check up untuk degree, check up masa diploma tak bengkok lagi).. And..dari situ, yana  faham yang scoliosis juga boleh disebabkan oleh posture badan yang tidak betul untuk jangka masa panjang.

Dan bermula dari situ, yana sedikit demi sedikit, dengan bantuan Premium Beautiful terutamanya..yana betulkan posture badan & mula turunkan berat badan. Bukan secara drastik. Tapi sedikit-sedikit. Paling penting, sakit hampir tiada atau hanya pada waktu tertentu sahaja..dan yana juga hampir capai berat badan yang lebih ringan dan hampir ideal.

Bagi yang mengalami masalah scoliosis seperti yana, yana sangat cadangkan penggunaan Waist Nipper Premium Beautiful ni sekiranya kes anda dalam kategori Mild & Moderate Scoliosis. InsyaAllah sangat membantu. Yana share sebab yana sendiri alami dan yana tahu effect dia terhadap badan macam mana. Last but not least, ensure you did a proper check up with the orthopedic first.


Yang nak mencuba alternative macam yana, boleh hubungi yana. Nak share pengalaman & tips anda hadapi scoliosis pon boleh share. Mungkin boleh membantu pesakit scoliosis atau tulang belakang yang lain.


Sharing the best, Only for YOU.
Yana Mokhtar 
TDC Business Coach
Premium Beautiful Expert
Putrajaya | Cyberjaya | Bangi | Kuala Lumpur
Kuching | Kota Kinabalu | Kyoto, Japan.

Be First to Post Comment !
Post a Comment