Friday 23 February 2018

Cara Pengiraan Bonus untuk Pendeposit Lembaga Tabung Haji

Hai semua, Assalamualaikum.

Dah hampir masuk pertengahan bulan Disember 2017 dah. Sikit masa je lagi, pejam celik pejam celik..dah masuk tahun 2018. So, dah throwback ke azam-azam yang di pasang masa awal tahun 2017 dulu? Ape pencapaian anda setakat hari ni. Tercapai? In progress? Tak nampak ape-ape? 

Ok lah..berbalik pada topik posting untuk hari ni. Bila masuk hujung tahun, pasti yang ada buat saving & simpanan dalam investment account seperti ASB dan Tabung Haji akan ternanti-nanti pengumuman kadar dividen atau bonus yang akan di beri kan? ok..sementara menunggu pengumuman, jom kita kaji dan tengok dulu macam mana cara pengiraan bonus dan dividen bagi Tabung Haji.

Kelebihan bagi pendeposit Tabung Haji adalah:

  • pembayaran dividen dan bonus tahunan kepada pendeposit adalah bersekali/ bersama dengan zakat. Jadi, tak perlu risau tentang pembayaran zakat lah kan.
  • setiap apa yang kita perolehi adalah 100% milik pelabur yang beragama islam
  • selain dividen, terdapat bonus khas bagi pendeposit yang belum pernah menunaikan rukun islam ke-5, Haji. 
Kadar pembayaran Dividen & Bonus Tabung Haji (Tahun 2010 - Tahun 2016):





Cara pengiraan Dividen & Bonus Tabung Haji:

Untuk pengetahuan jumlah dividen dan bonus tabung haji anda akan terus dikredit masuk ke dalam akaun tabung haji kita. Proses kemas kini buku boleh dilakukan selepas itu.




Pada pendapat peribadi yana, yana lebih gemar menyimpan di dalam Tabung Haji berbanding akaun lain sebagai pelaburan pasif. Selain daripada menyimpan sebagai pelaburan, kita juga boleh mengambil kesempatan menabung untuk menunaikan rukun islam kelima nanti. Memandangkan angka giliran untuk menunaikan haji agak panjang bagi yang ingin menunaikan haji melalui sistem giliran Tabung Haji, maka afdhal lah kiranya yang masih muda tu terus buka akaun dan mendaftar untuk menunaikan haji.

Sekiranya anda dah ada akaun Tabung Haji tapi masih belum mendaftar untuk haji, boleh rujuk link disini untuk maklumat lanjut dan mendaftar.

Ok lah, semoga sharing yana bermanfaat untuk semua.

Saving for better future,
Be First to Post Comment !
Post a Comment