Monday 28 May 2018

Resipi Khas Ramadhan menggunakan Ikan Trout Fjord Norway

Assalamualaikum semua and have a great Monday.

Sedar tak sedar, hari ni dah masuk hari ke 12 Ramadhan..maksudnya tak lama lagi kita akan memasuki separuh daripada sebulan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan yang wajib bagi semua umat Islam.


Petang ni Yana ingin berkongsi pengalaman merasa sendiri resipi khusus yang dicipta khusus untuk bulan Ramadhan menggunakan Ikan Trout Fjord Norway.


Haaa..ikan ape ni?? Mungkin ramai yang tak familiar kan?

Ok..Ikan Salmon tau tak? Tau kann..
Sebenarnya, Ikan Trout Fjord Norway dan Ikan Salmon tidak banyak berbeza.


Ikan Trout Fjord Norway adalah sama dengan salmon tetapi Trout dikategorikan sebagai ikan jenis ‘mewah’ kerana dagingnya berwarna merah jingga yang mendalam dengan sedikit warna putih. Ikan Trout Fjord Norway mempunyai rasa yang sangat kaya, dan mempunyai rasa tersendiri selepas makan. Ia mempunyai kulit yang berkilat dan keperakan seperti salmon dan boleh membesar sehingga 2.5 kilogram, iaitu hanya sedikit lebih kecil daripada salmon.

Norway mempunyai suasana kehidupan yang sempurna untuk Ikan Trout Fjord, yang dikelilingi oleh perairan ais yang sejuk serta berpanjangan jauh ke dalam garisan pantainya. Ia diternak di dalam lautan Fjord Norway yang sejuk dengan air laut bergabung dengan air tawar segar dari glasier dan salji, dalam satu proses memenuhi piawaian tertinggi yang dikaitkan dengan alam sekitar dan kemampanan.

Selaku perintis terkenal di dunia dalam penternakan moden untuk trout dan salmon, pengalaman turun temurun dalam mendapatkan kekayaan hasil lautan memberi orang Norway pengalaman unik untuk menguruskan sumber-sumber ini dengan cara yang betul supaya mendapat ikan yang berkualiti tinggi.


En Jon Erik Steenslid, Pengarah Majlis Makanan Laut Norway di Asia Tenggara
memberi penerangan mengenai kehidupan ikan Trout Fjord Norway  di perairan Norway yang terperintis.

Norway juga merupakan pengeksport makanan laut kedua terbesar di dunia dan pengeluar salmon Atlantik dan Ikan Trout Fjord yang terkenal di dunia. Perolehan hasil laut adalah sebahagian budaya dan sejarah Norway yang amat penting. Sebenarnya, memancing merupakan premis penting bagi orang Norway supaya dapat menetap dan tinggal di pantai utara yang sejuk dan berangin.

Okey..seperti yang kita sedia maklum, menjamu makanan yang sihat dan kaya dengan nutrien amat penting untuk menjaga tahap tenaga, memberi tumpuan mental yang jelas dan membantu badan  berfungsi secara lancar sepanjang hari pada bulan Ramadhan.

Alexandra berkongsi resipi dan cara memasak Ikan Trout Fjord Norway, dan dengan menampilkan 3 hidangan lazat dengannya dalam masa yang singkat:





Ikan Trout Fjord Norway boleh menjadi sebahagian diet yang penting pada masa ini kerana Ikan Trout mempunyai protein yang tinggi dan penuh dengan antioksidan dan lemak Omega 3. Ia adalah bahan penting yang sepatutnya dipertimbangkan apabila memasak untuk berbuka puasa dan sahur.

Menurut Alexandra Prahabaran, ahli pemakanan yang bertauliah, Ikan Trout Fjord Norway sangat sesuai untuk hidangan makanan yang sihat, seimbang dan berkhasiat semasa Ramadan. Ikan Trout yang kaya dengan protein akan membantu mencegah kelaparan dan keletihan sehingga tiba masanya untuk berbuka puasa. Lemak Omega 3 yang sihat di dalam Ikan Trout juga boleh meningkatkan fokus mental.


Manfaat kesihatan ikan Trout Fjord Norway

Okeh, resipi dah share tu..kebaikan ikan Trout Fjord ni pon korang semua dah tau kan..yana sendiri pon dah cuba. Memang SEDAP! so..korang pun boleh lah cuba nanti tau..jangan lupa share feedback.

Spreading the love,
Yana Mokhtar





Be First to Post Comment !
Post a Comment