Sunday, 17 January 2016

#BilaYanaJalan2: KK Trip- Gayang Seafood Restaurant


Menarik tak? Sah-sah la menarik kan. Ni adalah lauk pauk yg Yana and the girls makan masa hari pertama sampai di Kota Kinabalu.

Overall, makanan dia sedap, fresh dan setanding dengan harga. Menu yg kami order:

👍 butter prawn
👍 sotong goreng tepung
👍 kailan ikan masin
👍 siakap stim nyonya.

Recommended untuk try siakap masak stim nyonya. Rasa ala2 kari + asam pedas. Kuah dia memang pekat..SEDAP! 👍👍👍.

Tips yana untuk yang nak try restoran ni:

1. Google map/ waze lokasi restauran.

Kami bertolak dari bandar Kota Kinabalu. Perjalanan mengambil masa sekitar 45 minit. Yana cadangkan gerak awal utk ke restoran.

Untuk yang x familiar dengan kawasan, restoran ini terletak berhampiran INTAN KK.

2. Buat tempahan awal.

Kalau tak kisah tunggu lama..boleh terus walk in. Kami tak buat tempahan awal sebab tak tau waktu menunggu yang lama.

Masa dari siap order & makanan sampai adalah lebih kurang 1 jam 😅. Berbanding dengan yang dah tempah & order makanan sebelum dtg..waktu menunggu adalah dlm 15 minit. Maka sila buat tempahan awal.

3. Kualiti makanan.

Sedap 👍.

Agak kering walaupun ade order siakap masak stim nyonya. Jadi, kalau suka makan berkuah..recommended order sup.

4. Tempat.

For me, agak selesa. Tempat luas. Ada tandas. Ada surau. Cuma macam biasalah..kalau dah ramai, kebersihan tandas tu kurang memuaskan bagi yana.

Ok. Setakat ini review restoran dari yana. Selamat mencuba.

Love 💋,
Yana Mokhtar.



No comments:

Post a Comment