Monday 3 April 2017

Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 kini KEMBALI!

Selamat petang semua. Ingat tak sekitar hujung tahun 2016, yana ada menghadiri Pertandingan Akhir Raja Kuah Knorr 2016 ? Ok..ni yana nak bagitau ni..Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 telah dibuka!!

Bertempat di Pullman Hotel Kuala Lumpur pada 27 March 2017 yang lalu, telah berlangsung Majlis Pelancaran Cabaran Raja Kuah Knorr 2017. Majlis yang bermula tepat pukul 4.00 petang didahului dengan ucapan dari Timbalan Pengarah Eksekutif Unilever Food Solutions (UFS), Mr. Harry Brouwer dan disusuli ucapan dari Pengarah Urusan UFS MalaysiaNusrat Perveen. 


Timbalan Pengarah Eksekutif Unilever Food Solutions Harry Brouwer menyampaikan ucapan

Sejak diperkenalkan buat kali pertama tahun lalu, acara anjuran Unilever Food Solutions ini akan berfokus pada hidangan berkuah yang mewakili sehingga 70% daripada hidangan pengendali makanan Melayu terutamanya sebagai kari, dan dihidangkan bersama kicap, kunyit dan rempah lain.


Simbolik majlis pelancaran Cabaran Raja Kuah Knorr 2017

Selain menjadikan Serbuk Ayam Knorr sebagai bahan yang perlu digunakan dalam setiap resipi untuk Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 ini, cabaran ini juga bertujuan mengetengahkan resipi turun temurun melayu yang diwarisi dari setiap pelusuk negeri.

Penyertaan 2017 telah dibuka kepada semua rakyat Malaysia. Anda hanya perlu menghasilkan 3 jenis resipi hidangan berkuah dengan menggunakan Stok Ayam Knorr. Seramai 20 peserta akan dipilih untuk bertanding dalam peringkat akhir yang akan diadakan di Lembah Klang. Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan pertandingan, anda boleh layari laman sesawang Unilever Food Solutions di http://www.unileverfoodsolutions.com.my/



Ok, sesiapa yang ada masakan/resipi keluarga yang sedap-sedap tu boleh cuba hantar resipi anda tu..mana tau anda lah Raja Kuah Knorr 2017. Hadiah yang ditawarkan untuk cabaran tahun ni lebih menarik dari tahun lepas tau..
  • Hadiah Utama: Pakej Umrah untuk 2 orang bernilai RM25,000 berserta wang tunai sebanyak RM10,000 & hamper
  • Naib Johan: Wang tunai RM10,000 & hamper
  • Pemenang tempat ketiga: Wang tunai RM6,000 & hamper
  • 13 pemenang saguhati: Wang tunai RM500 & hamper.


4 Finalis Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 berkongsi pengalaman



Pemenang Raja Kuah Knorr 2016, En.Budiman Bistari Mohamed
menunjukkan demo masakan Kari Poley

Ok..dah..jangan tunggu lama..cepat-cepat hantar resipi. Kalau ada kawan-kawan yang hebat memasak tu boleh share kat beliau good news ni.

Till then, spread the news ✌😉.

Love,
Yana Mokhtar


 
Be First to Post Comment !
Post a Comment