Tuesday 23 May 2017

Top 5 Makanan Wajib ada sempena Ramadhan

Hi semua..Assalamualaikum & selamat sejahtera to all readers.

Ok..Ramadhan bakal menjelang tak lama lagi..dalam 3-4 hari je lagi. Korang semua dah buat preparation ke?

Preparation maksud yana adalah dari segi mental dan fizikal kerana pastinya rutin harian kebanyakan dari kita akan sedikit sebanyak berubah dalam menyambut bulan Ramadhan yang penuh dengan rahmat.

Rutin yana tak ada lah banyak berubah, cuma sesetengah benda tu ada sedikit rombakan terutamanya masa. Waktu riadah di gym akan bertukar awal sedikit supaya dapat berbuka puasa & bersolat terawih bersama keluarga.

Selain dari tu, dah menjadi kebiasaan keluarga yana untuk standby stok beberapa jenis makanan yang mudah disediakan (just in case ada hari yang tak sempat nak memasak). Ok..jom kita tengok top 5 makanan yang afdhal untuk ada sepanjang bulan ramadhan nanti:

1. Sambal bilis kering. 


Haaa..ni memang kewajipan family yana. Sekarang ni dah agak mudah nak dapatkan kat pasaran..cari je supplier yg terdekat & yang paling sedap, pastu beli lah beberapa bekas buat stok. Tapi kebiasaan untuk family yana memang sediakan sendiri. Cara penyediaan sangat lah mudah..goreng ikan bilis & bawang hingga garing dan ketepikan. Kemudian masak cili boh hingga pecah minyak..perasakan dengan gula garam secukup rasa dan masukkan ikan bilis & bawang yang digoreng tadi, gaul rata. Siap!

Sambal Bilis Kering. Sedap & tahan lama.

2. Daging Masak Hitam. 

Ha haaa..ni memang sedap. Terutamanya untuk working mom yang sibuk & risau tak sempat nak balik on time untuk memasak. Just keluarkan daging dr frozen dan panaskan. Boleh hidangkan dengan nasi panas & kawankan dengan sambal belacan. Meletops uolz! Last year yana buat sendiri daging masak hitam ni then frozenkan. Ada jugak ambil tempahan dari kawan-kawan & teman sekerja. Kalau teringin mencuba, meh kite pm tepi


Daging Masak Hitam, hidangan istimewa dari orang Perak

3. Telur & Telur Masin. Confirm-confirm semua setuju telur ni kene ade kan kan kan kan

4. Serunding. Ni pon same kes macam telur. Wajib ada. Best part is..tak abes pon tak kisah sebab tahan lama..tak abes puasa..kite abeskan time raye makan ngan lemang & ketupat.

5. Roti, Oat @ Maggi. 

Haaaa..Roti dengan Oat tu sebenarnye memang tak putus bekalan. Yana suka makan Oat / wheatmeal bread dengan Min Kaffe panas sebab InsyaAllah perut tahan lapar lebih lama. Juga sangat membantu memberi tenaga & menyegarkan mata terutamanyalepas bangun awal utk bersahur.


Gabungan sandwich & Min Kaffe panas memang dah cukup mengenyangkan & memudahkan kita bersahur/berbuka

Menarik kan cadangan makanan wajib yana. Ni cuma sebahagian yang yana rasa rata-rata akan prepare untuk menyambut Ramadhan nanti. Untuk itu, yana nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak nanti. Moga bulan yang penuh keberkatan ini kita sama-sama berusaha untuk menjala segala keberkatan yang ada.

Promosi Min Kaffe Ramadhan: Beli 5 kotak, Percuma postage & kurma
Bagi peminat Min Kaffe, jom cepat grab promosi Min Kaffe sempena bulan Ramadhan nanti. Boleh terus direct contact yana +6019-3899315 untuk dapatkan stok Ramadhan anda.

Promosi Min Kaffe Ramadhan: Beli 3 kotak, Percuma postage 
Sharing is caring,

Love,

Yana Mokhtar 
Premium Beautiful Expert
Shake & Shape Me Finalist.



Be First to Post Comment !
Post a Comment